Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday 27 October 2011

Persoalan & Jawapan : Hukum Membaca al-Qur’an Dengan Tajwid Yang Salah

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan : 
Saya lazim membaca al-Qur'an tetapi tidak pasti sama ada tajwid bacaan saya adalah betul atau tidak. Apakah hukumnya?

Jawapan :
Tidak mengapa jika membaca al-Qur’an dengan tajwid yang tidak betul asalkan seseorang itu sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca al-Qur’an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur’an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala.” [Shahih Muslim, no: 798]
 

Namun, berdasarkan hadis di atas, membaca al-Qur’an dengan disertai oleh para malaikat tentu lebih utama. Oleh itu jika anda tidak pernah mempelajari tajwid, maka berusahalah untuk belajar di kelas-kelas tajwid al-Qur’an yang sedia ada. Jika anda pernah mempelajari tajwid, maka usahakanlah agar bacaan anda disemak sekali-sekali oleh orang lain yang mahir dalam bidang tajwid.


Semoga berguna untuk korang yer . mari sama2 kita berkongsi ilmu dan panduan yang berguna (^_^)


2 comments:

Mohd Zakwan Zain said...[Reply to comment]

kalau masih dalam belajar, takpe kalau salah kan ??
walaupun aku dah khatam banyak kali, masih banyak lagi kesalahaan dalam tajwid .. harap2 suatu hari nanti aku mahir seperti ulama2 yang lain :)
Jom la singgah Blog Zakwan pulak :)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

takpe..kita hidup untuk sentiasa belajar..ok admin p silau2 blog kamu jgk yer (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..