Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday, 31 October 2011

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


- gambar Mr Google

Salam semua. kali ini admin nak berkongsi lagi tips2 berguna untuk korang. kali ini admin kongsikan kenapa seseorang itu merajuk dan cara untuk memujuknya kembali. tak kira lah lelaki tau perempuan. bila time merajuk ni sama jer. yelah..nak bermanja lah katakan..merajuk dengan kekasih atau orang yang kita sayang.

Jadi atas sebab itu admin ingin kongsikan sedikit tips untuk korang dalam menangani gejala "merajuk" ini...ekeke. sebelum korang tahu cara untuk memujuk..korang kena tahu dulu kenapa si dia tu merajuk.

Kenapa merajuk?

1. Cemburu 
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.


3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.



Jadi bila korang dah tahu kenapa si dia merajuk..korang kena tahu plak cara untuk memujuknya. lain orang lain cara tau. tapi moga tips ini dapat membantu korang yer



Bagaimana nak pujuk?

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Semoga tips ini dapat membantu korang yer. admin hanya berkongsi (^_^)


Sumber : tentang cinta


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


4 comments:

Ayien Ocaca said...[Reply to comment]

hehe....best entry ni...
waaa kalu laki baca...leh la popuan merajok sllu...
akan dipujuk kan ?? :p

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

ayien ocaca : amboi suka lak dia..haha. tapi takpe..setipa orang ada hak untuk merajuk dan dipujuk. lagi dengan org tersayang...huhu (^_^)

tq coz 4low cni yer..admin nak p 4low dan silau2 blog kamu plak ni

Siti Farah said...[Reply to comment]

camne plak kalau nak pujuk laki merajuk.. masalah problem nih! eheheh ..

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

sama jer..tips diatas berkesan untuk semua..kecuali "pondan"...ekeke (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..