Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 7 October 2011

Petua : Makan Serangga Untuk Kekal Cantik

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

LOS ANGELES 24 Jun – Pelakon wanita popular, Salma Hayek mendedahkan bahawa dia gemar memakan semut, cacing dan belalang ketika menjadi tetamu dalam rancangan wawancara, David Letterman.
Pelakon kelahiran Mexico itu berkata, semua orang perlu cuba merasa kelazatan semut, cacing dan belalang yang menjadi rahsia di sebalik kecantikannya selama ini.

“Semut sangat lazat untuk dimakan terutama sekali apabila ia digoreng.
“Terdapat pelbagai cara dan resipi untuk memasak cacing dan belalang yang benar-benar lazat,” kata pelakon yang popular dengan filem From Dusk Till Dawn itu.

Dalam pada itu, pelakon wanita berusia 42 tahun itu turut mengakui bahawa bahasa Inggerisnya menjadi semakin teruk sejak berkahwin dengan jutawan fesyen terkenal dari Perancis, Francois-Henri Pinault.
“Maaf, bahasa Inggeris saya kini semakin teruk tetapi saya semakin fasih bertutur dalam bahasa Perancis,” katanya. – Agensi. Utusan Malaysia


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Haha..ada jugak petua macam tu kan. yang amalkan pulak pelakon wanita popular tu, Salma Hayek. sanggup ke korang nak amalkan petua tu?.jangan amalkan yer..mana lah tahu mentang2 artis ada buat..korang nak buat jugak. kan tak pasal2 masuk hospital

Sedap tang mana serangga tu admin pun taknak ambik peduli. biar lah untuk cantik pun. tak sanggup makan serangga2 camtu..haha. kalau makan belalang kunyit tak apa. dekat kelantan siap ada resepi Belalang Kunyit Goreng lagi. tengok gambar ni..

Agak2 sanggup tak korang nak makan..hehe.



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..