- gambar hiasan
KUALA LANGAT - Sebutir bom lama berbentuk roket dipercayai tinggalan Perang Dunia ke-2, ditemui dalam timbunan besi buruk di sebuah kilang di Olak Lempit, Banting, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan penemuan itu dan mengatakan, bom berkenaan adalah senjata pengeboman yang diletakkan di bawah kapal terbang.
Menurutnya, bom bersaiz 1.06 meter tinggi dengan lebar 0.6 meter itu, ditemui oleh seorang pekerja premis ketika sedang melakukan kerja-kerja mengemas timbunan besi buruk kira-kira jam 9.15 pagi.
“Pekerja premis yang terkejut dengan penemuan itu terus mengasingkan besi buruk untuk mengeluarkan bom.
“Dia kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut,” katanya.
Nordin berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dihantar ke tempat itu untuk siasatan lanjut.
“UPB musnahkan bom itu kira-kira jam 1.40 petang tadi (semalam) dan kes ini dianggap selesai,” katanya.
Katanya, timbunan besi buruk itu diimport dari luar negara dan masih belum dapat dikenalpasti berapa lama ia berada di situ bersama bom terbabit.
Menurutnya, polis bagaimanapun memuji tindakan pantas pekerja premis yang memaklumkan kejadian tersebut kepada polis selepas menemui bom berkenaan.
“Orang ramai yang temui objek mencurigakan dipercayai bom lama, dinasihatkan supaya tidak bertindak sendiri. Mereka perlu lapor kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Sinar Harian

Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Fuh..nasib baik lah tak meletup kan?. kalau meletup tentu perkara buruk akan berlaku pada pekerja tu. nasib baik umur dia masih panjang. yang paling bahaya lagi besi buruk tu diimport dari luar negara. guna kontena tu. cuba korang bayangkan kalau2 lah meletup dalam kontena tu. lagi2 bila kontena tu masih di pelabuhan atau diatas kapal. tak terbayang admin kesannya..
Admin sendiri pun ngeri bila membacanya. mana tidak yer..bom tersebut daripada tinggalan perang dunia ke-2. kalau bom zaman perang dulu memang cukup bahaya. nasib baik allah masih panjangkan umur pekerja tu. kalau lah meletup..satu kilang..ataupun satu kawasan tu dalam keadaan bahaya.
Kepada kawan2..ikut lah nasihat polis tu yer. jumpa jer apa2 yang nampak membahayakan terus lapor kepada pihak polis. jangan dibuat mainan plak...huhu (^_^)
0 comments:
Post a Comment