Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 21 October 2011

Merompak Kerana Ibu Bapa Lapar

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

SHAH ALAM – Seorang anak yang tidak sampai hati melihat ibu dan bapanya kelaparan sanggup meragut di jalanan untuk mendapatkan wang.

Ronnie Rikson Aron, 30, mengaku meragut seutas rantai leher milik seorang wanita warga Sri Lanka, semata-mata ingin membeli makanan kepada kedua-dua orang tuanya itu.

Tertuduh yang juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan mengaku bersalah terhadap tuduhan meragut rantai milik Priantha Samara Arachachi, di Persiaran Budiman Taman Seri Muda, Seskyen 25, di sini, pada 4.40 petang, 16 Oktober lalu.

Dia memberitahu Hakim, Mohamed Mokhzani Mokhtar, bahawa telah memulangkan semula rantai leher berharga RM1,000 yang diragutnya itu kepada pemiliknya setelah berjaya ditangkap oleh suami wanita tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula dari tarikh tangkapan. Sinar Harian



Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Sungguh tinggi kasih sayang Ronnie tu kepada ibu bapanya kan. sanggup merompak untuk membeli makanan kepada ibu bapanya yang dalam kelaparan. ntah betul atau tidak..hanya dia jer yang tahu. tapi kalau betul memang si ronnnie tu anak yang cukup baik.

Tapi.."walaupun niat baik..salah tetap salah kan". ronnie tak sepatutnya merompak untuk membeli makanan. banyak lagi cara lain yang dapat digunakan. cuba lah mencari pekerjaan yang sah. walaupun mungkin duit tu sikit jer..sekurang2nya cara itu sah dah tidak salah dari segi undang2.

Tak pasal2 dengan perbuatan dia itu menyebabkan dipenjara selama 4 tahun. dari hidup bebas dan masih berpeluang mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga..sekarang masuk penjara. siapa lagi yang nak tanggung keluarga.

Kalau kisah ini betul..moga ada insan yang berhati mulia menghulur bantuan kepada keluarga tersebut. moral daripada kisah ini "matlamat tidak menghalalkan cara"..walaupun niat kita baik..cara salah tetap salah. moga pengajaran dari kisah ini berguna untuk kita semua (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..