Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................
Showing posts with label persoalan dan jawapan. Show all posts
Showing posts with label persoalan dan jawapan. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Untuk Sembahyang

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : sekadar hiasan

KEMUSYKILAN PERTAMA

Soalan:
Apa hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol kepada pakaian ataupun badan untuk menunaikan sembahyang?


Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين ، وبعد
Dalam melakukan sembahyang kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang akan menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Untuk mengetahui sama ada minyak harum yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber daripada benda yang najis seperti minyak yang bersumber daripada binatang yang najis atau alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum seperti itu adalah dihukumkan mengandungi najis dan jika ia dipakai ketika di dalam sembahyang, maka sembahyang seseorang itu tidak sah.

Sekiranya minyak harum itu bukan najis seperti ia tidak bersumber daripada benda yang najis dan tidak bercampur alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum tersebut boleh dipakai.

والله أعلم بالصواب
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

KEMUSYKILAN KEDUA

Soalan:
Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
-www.zaharuddin.net-

KEMUSYKILAN KETIGA

HUKUM minyak wangi beralkohol?
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji2an dan kayu kayan. Alcohol yang dihasilkan daripada biji2an ini yang dinamakan sebagai “Alcohol Etil” atau “thanol”. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau Metanol. Alcohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain yang digunakan untuk minuman, bahan baker yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat2an.

Alcohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alcohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alcohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alcohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib.

WALLAHUA'LAM..


Sumber : ustaznaim.blogspot.com

Admin : pada admin mudah jer, kalau untuk solat dirumah tak perlu lah pakai apa2 minyak wangi sekalipun..takde lagi rasa was-was tu. kalau nak pergi solat di masjid pakai jelah minyak attar atau minyak wangi keluaran syarikat islam yang terbukti "kebersihannya". wallahua'lam...semoga perkongsian ini bermanfaat

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Monday, 28 May 2012

Persoalan & Jawapan : Perasaan Ingin Terkentut Semasa Solat

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan 1 :
Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut. Ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tidak dapat pastikan sebab tidak ada rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar-benar terkentut?

Jawapan 1 :
Perasaan was-was itu adalah dari syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya mengganggu manusia dengan meniupkan bisikan-bisikan yang halus dalam hati supaya timbul kecelaruan yang mempengaruhi keputusan akal. Firman Allah SWT dalam surah al-Nas ayat 4-6 bermaksud "Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan)ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia". Oleh itu anda dinasihatkan supaya menjauhi penyakit ini dengan cara banyak-banyak membaca ta'awwuz (isti'azah) dan surah al-Nas apabila hendak melakukan sesuatu perkara dan lakukan ia dengan penuh yakin.

Sumber : www.muftiwp.gov.my


Soalan 2 : 
Semasa solat zohor, dalam punggung saya ada bergerak setiap kali nak sujud. kentut belum keluar lagi tetapi angin atau sesuatu bergerak setiap kali nak menahannya dari kentut. jadi, apa dikira ini solat sah atau sebaliknya?

Jawapan 2 :
Dalam kes ini, solat anda adalah terbatal apabila kedengaran bunyi kentut ataupun anda terhidu bau busuk (bau kentut). Namun begitu, jika kedua-dua perkara ini tidak anda hadapi, ternyatalah angin yang anda rasa itu bukanlah kentut, tetapi ia adalah angkara syaitan yang ingin meragukan diri anda di dalam solat. dalam situasi ini solat anda adalah tidak terbatal dan anda perlu meneruskannya.

Perkara ini ada dinyatakan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Sumber : insafislam.blogspot.com


Semoga perkongsian ilmu diatas dapat membantu korang yer. ikhlas admin kongsikan untuk semua. jika ada sebarang komen, cadangan, perkongsian ilmu mahupun permintaan boleh kongsikan disini. terima kasih sebab sudi singgah (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Saturday, 26 May 2012

Persoalan & Jawapan : Apakah Hukum Mewarnakan Rambut?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan :
Apakah hukumnya mewarnakan rambut?

Jawapan :
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Sumber : loveloveislam.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Monday, 27 February 2012

Persoalan & Jawapan : Posisi Tidur Terbaik Mengikut Islam Dan Sains

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : Mr. Google

Soalan :
Bagaimanakah posisi tidur yang terbaik mengikut islam dan adakah cara tidur yang tidak sesuai memberi kesan kepada kesihatan?

Jawapan :
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
 
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Cara Tidur Yang Tidak Sesuai

(1) Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi). Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

(2) Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

(3) Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Sumber : SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Tuesday, 31 January 2012

Persoalan & Jawapan : Antara Perintah Allah Dan Perintah Ibu, Mana Yang Patut Didahulukan?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Soalan :
apakah hukum jika anak tidak mentaati ibunya. Jika ibu melarang saya bertudung, tapi ustazah di sekolah pula menyuruh saya bertudung. Adakah saya dikira derhaka sekiranya tidak patuh kepada ibu? Seterusnya, rakan saya kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan. Apa patut dilakukan oleh anak yang baik.

Jawapan :
ALLAH memerintahkan seorang anak mentaati ibu bapa dan bersyukur dengannya. Ketaatan dan syukur itu digandingkan dengan ketaatan dan syukur kepada Allah.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang baik”. (Surah al-Isra’, ayat 23)


Mensyukuri kedua-dua orang tua wajib kerana melalui mereka anak lahir, terpelihara dan terdidik. Daripada ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW, ketaatan kepada Allah tanpa ketaatan kedua-dua ibu bapa belum cukup meraih keredaan Allah SWT.


Kerana itu, dengan tegas Allah SWT menyatakan kewajipan taat dan syukur kepada ibu bapa berganding dengan kewajipan taat dan syukur kepada-Nya. Dengan kata lain, ketaatan kepada Allah dikaitkan dengan ketaatan kepada kedua-dua ibu bapa.

Justeru, Nabi SAW bersabda bermaksud: Reda Allah diperoleh melalui reda ibu bapa. Dan kemurkaan Allah ada dalam kemurkaan orang tua. Hadis ini diriwayatkan Imam at-Tirmizi daripada Ibnu ‘Amr al-‘Ash.

Tentu saja dimaksudkan ini sama dengan petunjuk Allah. Jika bertentangan dengan petunjuk Allah, maka anak tidak boleh mentaati orang tuanya. Meskipun demikian, ia wajib menghormati dan tidak melukai perasaan sekalipun mereka bukan Islam.


Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud daripada Abu Usaid al-Sa’idi, disebutkan ada seseorang datang kepada Nabi dan bertanya, “Apakah masih ada kewajipan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa saya sesudah mereka meninggal?” Nabi SAW menjawab, “Ya, berdoa dan memohon ampun kepada keduanya, melaksanakan pesannya, dan menghubungkan tali silaturahim kepada mereka yang tidak terjadi hubungan kekeluargaan tanpa kedua-duanya, dan berbuat baik atau menghormati temannya.”


Ibu bapa yang meninggal dunia mendambakan pelbagai perkara daripada anaknya. Kerana itu, sekali lagi dikatakan belum lagi dianggap berbakti kepada orang tua kecuali apabila ia mendoakan mereka yang sudah mendahuluinya.


Doa ini sangat penting, sehingga al-Quran meletakkan pujian kepada mereka yang mendoakan saudara seiman yang meninggal dunia. Allah SWT berfirman bermaksud: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara kami yang beriman lebih dulu daripada kami. (Surah al-Hasyr, ayat 10)


Demikianlah, wallahua’lam. 

Sumber : Bersama Ustaz Zahazan

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Thursday, 26 January 2012

Persoalan & Jawapan : Apakah Perkara Sunat Sebelum Baca Quran?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan :
Apakah Perkara Sunat Sebelum Baca Quran?

Jawapan :
Imam Nawawi dalam at-Tibyan fii hamalatil Qur'an menyenaraikan 20 perkara sunnat sebelum membaca alQur'an:


1. bersugi/berus gigi
2. bersuci/wudhu'
3. di tempat yg suci

4. menghadap kiblat
5. melihat musyhaf
6. membaca ta'awudz

7. membaca dgn tartil
8. membaca dgn qira'at yang tujuh
9. membaca dgn tertib (ikut susunan rasm uthmani)

10. membaguskan suara
11. tadabbur (penghayatan)
12. mengulang-ngulang bacaan

13. menangis
14. menghindari sikap yg kurang baik
15 apabila menemui ayat rahmat (memohon) atau ayat azab (mohon perlindungan)

16. ketika ada hajat (bersin dan menguap) hendaklah berhenti dgn tertib dan waqaf

17. sujud pada ayat sajdah
18. waktu yg tidak baik utk membaca al-Qur'an (dalam toilet)

19. adab khatam alQur'an
20. etika menyentuh musyhaf (sebaiknya berwudhu')

Sumber : SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Sunday, 15 January 2012

Persoalan & Jawapan : Puasa Untuk Turunkan Berat Badan. Bolehkah?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


- gambar Mr Google

Soalan
Bolehkah saya berpuasa sunat dengan tujuan untuk menjaga berat badan?

Jawapan
Puasa adalah ibadah, maka hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kepada Allah. Ada pun tujuan untuk menjaga berat badan, maka ia dibolehkan asalkan tujuan tersebut tidak menjadi tujuan yang utama. Tujuan utama hendaklah tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Ini sebagaimana firman Allah yang membolehkan orang yang pergi menunaikan haji melakukan jual-beli. Asalkan tujuan utama dia pergi menunaikan haji ialah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk berjual-beli: Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). [ Surah al-Baqarah 2:198]
 

Namun yang lebih baik ialah tidak perlu memikirkan tujuan-tujuan lain dalam rangka melakukan sesuatu ibadah. Ini kerana semua ibadah yang disyari‘atkan oleh Allah memiliki pelbagai manfaat di sebaliknya. Ibadah puasa umpamanya, ia bukan sahaja bermanfaat dari sudut menjaga berat badan tetapi juga bermanfaat dari sudut merehatkan sistem pencernaan perut, menjaga kesihatan, mengawal nafsu, menjimatkan ekonomi dan pelbagai lagi. Apabila seseorang berpuasa ikhlas kepada Allah, dia mendapat pahala dan sekali gus meraih semua manfaat yang terkandung dalam ibadah puasa tersebut, tak kira sama ada dia menyedarinya atau tidak.  


Sumber : SINI 

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Tuesday, 10 January 2012

Persoalan & Jawapan : Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
-gambar hiasan

Soalan :
Bagaimanakah Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah?

Jawapan :
فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)


Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’. 

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Sumber :SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Friday, 6 January 2012

Persoalan & Jawapan : Apakah Hukum Bersalam Dengan Wanita Ajnabi?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan :
apakah hukum menyalami wanita ajnabi?biasanya ahli politik bersalam dgn semua org.apakah hukumnya?


Jawapan :

السلام عليكم ورحمة الله
بسم الله والحمد لله وبعد :
Berdasarkan pengamatan ulama, seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.

Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan :
‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).

Dalilnya ialah ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah :
‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10).

Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10).
Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua.

Sumber : SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Read more »

Monday, 28 November 2011

Persoalan & Jawapan : Baca Al - Quran Dari H/P, Perlu Berwudhu?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan
Apakah hukum membaca al-quran dari handphone dan adakah perlu berwudhu sebelum membacanya?

Jawapan
al-Quran yang dimuat turun ke dalam handphone tidak sama hukumnya dengan Mashaf (al-Quran). Maka harus menyentuhnya tanpa wudhu, dan harus membawanya ke dalam tandas. Ini kerana penulisan al-Quran di dalam handphone tidak sama seperti penulisan di dalam Mashaf, ia dipaparkan kemudian hilang, dan ia bukan huruf yang tetap, disamping handphone ada di dalamnya bahan-bahan yang lain juga.

al-Syeikh 'Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak pernah ditanya tentang hukum membaca al-Quran dari H/P tanpa berwudhu.

Beliau menjawab: "Telah diketahui, membaca al-Quran dari hafalan tidak disyaratkan suci daripada hadath kecil, tidak disyaratkan juga bersih dari hadath besar. Akan tetapi bersuci untuk membaca al-Quran walaupun dari hafalan adalah lebih utama, kerana ia adalah kalam Allah, termasuk dalam mengagungkannya adalah dengan membacanya dalam keadaan bersuci. Adapun membaca al-Quran dari Mashaf, maka disyaratkan bersuci untuk menyentuhnya secara mutlak, berdasarkan hadith:


Maksudnya : "Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci."

Demikian juga berdasarkan athar-athar dari sahabat dan tabien. Kerana itu kebanyakan ulama berpendapat diharamkan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath samaada untuk membaca atau utk tujuan lain."
Wallahu a'lam 
Sumber : SINI

Semoga berguna untuk korang semua. admin jumpa semasa sedang meng-google tadi. admin kongsikan sebab admin rasa ianya berguna untuk semua (^_^).

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Monday, 31 October 2011

Persoalan & Jawapan : Nikah Selepas Terlanjur Dan Hamil

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK




Soalan :
Rakan saya telah terlanjur lalu hamil. Bolehkah dia menikahi lelaki yang dia terlanjur itu? Bolehkah anak yang bakal dilahirkan itu dibin atau dibintikan kepada lelaki yang dia nikahi?
Ammarizman Aliff.


Jawapan :
Lelaki dan wanita atau salah seorang dari mereka yang pernah berzina dilarang untuk bernikah. Larangan ini berdasarkan firman Allah: Lelaki yang berzina tidak bernikah melainkan dengan wanita yang berzina atau wanita musyrik; dan wanita yang berzina itu pula tidak dinikah melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang kepada orang-orang yang beriman. [al-Nur 24:03] Mereka hanya dibolehkan bernikah selepas bertaubat. Ini kerana dengan taubat, mereka tidak lagi dikategorikan sebagai lelaki penzina dan wanita penzina.

Jika sudah terlanjur dan bertaubat, maka dibolehkan bernikah sekalipun wanita terbabit sedang hamil. Adapun firman Allah: Dan wanita-wanita hamil, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. [al-Thalaq 65:04], maka ia merujuk kepada isteri yang hamil di mana dia tidak dibolehkan bernikah sehingga tamat tempoh iddah, iaitu dengan kelahiran anak kandungannya. Adapun wanita yang hamil kerana zina, dia tidak termasuk dalam perbicaraan ayat di atas. Justeru tidak ada tempoh iddah baginya sehingga dia boleh bernikah.

Adapun penamaan anak, maka jika isteri mengetahui secara pasti – sama ada melalui sejarah sebelum hamil atau ujian DNA – bahawa suaminya sekarang ialah ayah biologi anaknya, maka anak itu dibin atau dibintikan kepada suaminya itu. Sebaliknya jika isteri tidak tahu atau tidak pasti siapa ayah biologi anaknya, atau suaminya sekarang memang bukan ayah biologi anaknya, maka anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada suaminya itu.


Semoga jawapan yang diberikan diatas berguna untuk panduan anda semua. ikhlas untuk berkongsi dari admin (^_^)

Sumber : sini

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Sunday, 30 October 2011

Persoalan & Jawapan : Hukum Menonton Filem 2012

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan :
Apakah hukum menonton filem 2012? Adakah ia termasuk berjumpa dengan tukang ramal/nujum?


Jawapan :
Menurut ulama’ Saudi terkenal Syeikh Muhamad Soleh al-Munajjid bahawa menonton filem fiksyen yang mengandungi pembohongan, seperti teori Darwin, dan apa-apa fakta yang bercanggah dengan Islam dan Sains Tabie hendaklah dielakkan. Seorang Islam hendaklah sibuk didalam mencari sesuatu yang berguna untuk dirinya.

Menurut beliau kebanyakkan fiksyen sains ini terdapat banyak ideologi kufar, seperti hidup dan mati ditangan sesuatu makhluk, memberi keupayaan kepada sesuatu makhluk mencipta sesuatu dari tiada, memaparkan bahawa makmal mereka (Yahudi dan Nasrani) boleh mencipta apa sahaja, baik berbentuk barang yang bernyawa atau tidak bernyawa, seperti fosil yang wujud berjuta tahun, dan juga dapat mengembalikan manusia kealam lepas dan juga akan datang. Kebanyakkan fiksyen ini sangatlah bertentangan dengan prinsip Islam. Masa atau waktu bagi orang Islam sangat berharga, maka hendaklah digunakan kepada sesuatu yang bermunafaat.

Sabda Nabi :saw :
مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لا يَعْنِيهِ
“Salah satu tanda seseorang itu komited terhadap Islam adalah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkenaan dengannya” [Hadith riwayat al-Tirmudzi].



Penjelasan yang ringkas. harap berguna untuk semua (^_^)

Sumber : soaljawab.wordpress.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Friday, 28 October 2011

Persoalan & Jawapan : Hukum Sertai Pertandingan Memancing

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Soalan:
SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?




Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
 
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
 
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
 
Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.
 
Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
 
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
 
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
 
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud:
 
Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
 
Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).
 
Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).
 
Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.
 
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
 
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
 
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
 
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
 
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
 
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
 
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
 
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
 
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
 
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
 
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
 
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).


Utusan Malaysia online  Jumaat 19 Jun 2009


Moga berguna untuk korang semua. "apa yang baik jadikan sebagai panduan..yang tak elok sebagai sempadan" (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


Read more »

Thursday, 27 October 2011

Persoalan & Jawapan : Hukum Membaca al-Qur’an Dengan Tajwid Yang Salah

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan : 
Saya lazim membaca al-Qur'an tetapi tidak pasti sama ada tajwid bacaan saya adalah betul atau tidak. Apakah hukumnya?

Jawapan :
Tidak mengapa jika membaca al-Qur’an dengan tajwid yang tidak betul asalkan seseorang itu sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca al-Qur’an dan dia mahir dengan bacaannya itu, maka dia beserta para malaikat yang mulia lagi taat. Sedangkan orang yang membaca al-Qur’an dengan tersekat-sekat dan terasa sukar baginya maka dia mendapat dua pahala.” [Shahih Muslim, no: 798]
 

Namun, berdasarkan hadis di atas, membaca al-Qur’an dengan disertai oleh para malaikat tentu lebih utama. Oleh itu jika anda tidak pernah mempelajari tajwid, maka berusahalah untuk belajar di kelas-kelas tajwid al-Qur’an yang sedia ada. Jika anda pernah mempelajari tajwid, maka usahakanlah agar bacaan anda disemak sekali-sekali oleh orang lain yang mahir dalam bidang tajwid.


Semoga berguna untuk korang yer . mari sama2 kita berkongsi ilmu dan panduan yang berguna (^_^)


Read more »

Wednesday, 26 October 2011

Persoalan & Jawapan : Boleh Mengata Orang Sesat?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan:
Adakah kita diharuskan mengatakan kesalahan orang lain terutama kesalahan itu makin tersebar dikalangan masyarakat? Contoh; di blog-blog ada mengatakan orang ini dan itu salah kerana menyebarkan fahaman itu dan ini. Harap penjelasan.


Jawapan:
Ya. kita diharuskan menyebut kesalahan orang lain atas dasar untuk memberi peringatakan kepada masyarakat agar tidak terpengaruh dengan kesesatan yang disebarkan oleh orang itu. Tiada masaalah dengan kita menyebut nama si fulan bin si fulan yang menyebarkan fahaman Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk bertujuan agar umat Islam berjaga-jaga dengan kesesatan yang disampaikan oleh orang tersebut. Dan seeloknya sertakan bukti dan penjelasan serta hujjah yang rapi.

Dalilnya, pernah dinyatakan bahawa Fatimah Binti Qoisin bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Mu’awiyah dan Abu Jahm telah datang meminangku” Maka Rasulullah bersabda: “Perihal Abu Jahm beliau adalah seorang yang tidak meletakkan rotan dari bahunya, dan perihal Mu’awiyah pula miskin tidak mempunyai harta, maka bernikahlah dengan Usamah” . Riwayat Muslim dalam Sohihnya: Kitab At-tolaq: Bab Al-Mutallaqoh Thalathan La Nafaqota Laha dan juga diriwayat oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (juzuk 6/ms:412).

Jelas didapati bahawa Rasulullah sendiri mengawasi Fatimah dari kedua sahabat tadi dan baginda menyebut nama keduanya dibelakang mereka tanpa keberadaan keduanya, kemudian baginda menjelaskan pula perihal keduanya iaitu Mu’awiyah merupakan seorang yang teramat fakir tidak mampu memenuhi nafkah manakala Abu Jahm pula adalah seorang yang kerap memukul wanita.

Nah! Bagaimana dengan hal insan-insan yang menipu dirinya berilmu dan menipu orang ramai serta menukar hukum yang kufur itu menjadi hukum Islam! Maka, lagilah perlu untuk kita menjelaskan bahaya fahaman si fulan yang dibawa dan ia satu perkara yang amat penting.

Kerana inilah kita dapati Imam Asy-Syafi’e menolak fahaman seorang lelaki yang berakidah Mu’tazilah bernama Hafsy Al-Fard dihadapan khalayak ramai lantas beliau mengatakan kepada Hafsy tadi: “Kamu telah jatuh kafir kepada Allah Yang Agong” .
Rujuk: Manaqib Asy-Syafi’e oleh Imam Al-Baihaqy (juzuk 1/ms:407).

Dihadapan khalayak ramai Imam Asy-Syafi'e menghukum kufur terhadap Hafsy tadi dan menjelaskan kesesatannya dihadapan orang ramai. Ini juga membuktikan kita harus menyatakan perihal seseorang yang sesat itu adalah sesat walaupun secara terang-terangan.


Sumber : ustaz-rasyiq.blogspot.com


Admin hanya berkongsi untuk korang. moga mendapat penjelasan dengan apa yang diterangkan oleh ustaz rasyiq. "yang baik kita berkongsi..yang tak elok dijadikan sempadan". amin..(^_^)

Read more »

Tuesday, 25 October 2011

Persoalan & Jawapan : Marah Dalam Hati?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Soalan
Kadangkala kita marah kepada seseorang dan mengucapkan kata-kata kesat kepadanya. Namun semua ini hanya di dalam hati kita tanpa kita luahkan kepada orang tersebut. Apakah hukumnya?


Jawapan
Amal-amal keburukan, seperti marah dengan kata-kata yang kesat, selagi mana ia hanya di dalam hati maka tidak membawa dosa. Dosa hanya mula dicatat apabila orang tersebut menterjemahkannya dari lintasan hati kepada lisan atau perbuatan. Rasulullah menerangkan hakikat ini:
 
Barangsiapa yang ingin melakukan amal kebaikan akan tetapi dia tidak melakukannya, ditulis baginya satu kebaikan. Dan barangsiapa yang ingin melakukan amal kebaikan lalu dia melakukannya, ditulis baginya sepuluh sehingga digandakan kepada tujuh ratus. Dan barangsiapa yang ingin melakukan amal keburukan lalu dia tidak melakukannya, tidak ditulis (apa-apa kesalahan baginya) dan jika dilakukan, ditulis baginya (pada kadar kesalahan tersebut). [Shahih Muslim, no: 130]
 
Pun begitu, kemarahan yang tersimpan di dalam hati lambat laun akan “meletup” keluar juga. Maka lebih baik terus bersemuka dengan orang yang anda marah dan luruskan secara tenang apa-apa yang menyebabkan anda marah kepadanya. Pada waktu yang sama banyakkan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan (A’uzubillah himinash syaitan nirrajim) kerana syaitan suka mengambil kesempatan ke atas orang yang sedang kemarahan di dalam hatinya.



Moga berguna untuk admin sendiri dan korang semua. ikhlas dari admin untuk semua (^_^)

Read more »

Saturday, 22 October 2011

Persoalan & Jawapan : Hukum Mencantikkan Gigi

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan


Soalan
Apakah hukumnya membetulkan gigi yang tidak teratur kedudukannya supaya menjadi lebih rapi dan teratur menggunakan teknologi ortodontik masa kini, begitu juga dengan hukum memutihkan gigi


Jawapan 
Abdullah ibn Mas’ud pernah menerangkan bahawa Rasulullah melaknat mereka yang menjarakkan (merenggangkan) gigi-giginya demi kecantikan bagi mengubah ciptaan Allah [Shahih Muslim, no: 3966] Pengecualian diberikan kepada gigi yang tercedera disebabkan kemalangan, peperangan atau sebagainya, boleh dibetulkan kedudukannya agar orang tersebut dapat makan seperti biasa. Demikian juga dibolehkan memakai gigi palsu bagi orang yang sudah tiada gigi supaya dia dapat makan seperti biasa.
 
Adapun memutihkan gigi, maka ia termasuk dalam anjuran agama untuk menjaga kebersihan. Namun berlebih-lebihan dalam memutihkan gigi seperti menggunakan pencuci kimia atau menghakis lapisan luar yang kuning boleh merosakkan gigi untuk jangka masa yang lama, maka elakkanlah ia.

Admin : Semoga berguna untuk admin sendiri dan korang semua (^_^)

Read more »

Thursday, 20 October 2011

Persoalan & Jawapan : Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Soalan
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorang prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..


Jawapan
Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.


a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Semoga berguna untuk admin sendiri dan kamu semua. mari sama2 kita jadikan sebagai sempadan dan panduan. ikhlas dari admin (^_^)

Sumber : soaljawab.wordpress.com

Read more »

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..