Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 24 October 2011

Samun & Bakar : Juruterbang rugi RM500,000

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

BERANANG – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerugian setengah juta ringgit, apabila rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, di sini, terbakar selepas dimasuki penyamun semalam.

Mangsa, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad, 46, berkata, beliau mengetahui banglo berkembar dua tingkat miliknya musnah, menerusi panggilan telefon daripada seorang jiran, jam 2.59 pagi.

“Saya hanya mampu mendengar api marak membakar rumah melalui telefon kerana bertugas di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Jerteh, Terengganu, ketika itu.

“Apabila saya tiba di sini, jam 8.30 pagi, rumah ini seperti berada di zon perang dengan semua perabot dan kelengkapan hangus menjadi debu. Siling dan bumbung jatuh, manakala bahagian bawah rumah pula dipenuhi air yang digunakan bomba ketika memadam kebakaran,” katanya.

Azhar berkata, dalam kejadian itu, perompak tersebut melarikan barang kemas, jam tangan dan barang perhiasan tembaga.

Bagaimanapun, Azhar turut melahirkan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan tiada sesiapa di dalam rumah ketika kejadian.

Katanya, sebelum ini, rumahnya dibeli pada 2006 itu, pernah dimasuki pencuri melalui tingkap belakang dan mereka melarikan barangan berharga dianggarkan bernilai RM25,000.

“Anak perempuan sulung dan kedua saya yang belajar di institusi pengajian tinggi di Lembah Klang selalu pulang ke rumah pada hujung minggu, tetapi sejak kejadian samun sebelum ini, mereka akan menumpang di rumah nenek mereka di sini.

“Difahamkan, perompak itu juga menyalakan api di ruang tamu, bilik tidur utama dan bilik anak perempuan saya tetapi tidak merebak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berkata, pihaknya menerima 16 aduan berhubung kejadian samun dan bakar rumah, sejak dua tahun lalu.

“Kumpulan penjenayah itu menyasarkan rumah tidak berpenghuni, namun, ada dua kes penjenayah masuk di rumah yang ada penghuni iaitu di Taman Tasik Semenyih dan Bandar Rinching, Semenyih, baru-baru ini,.

“Jenayah ini reda seketika selepas polis menahan tiga lelaki, September lalu,” katanya. Sinar Harian



Sedikit Ulasan Adminkongsi : 
Makin teruk jenayah sekarang kan. dah lah samun rumah orang lepas tu boleh pulak bakar. tak ada perikemanusiaan langsung. admin sangat bersimpati dengan nasib juruterbang tersebut, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad.

Dah lah rumah kena samun..kena bakar lagi. hancur dalam sekelip mata jer apa yang dibina selama ini. tapi nasib baik lah ahli keluarga tak apa2 kan. moga beliau tabah dengan dugaan ni yer. mintak2 pihak polis cepat2 dapat tangkap siapa yang bertanggung jawab tu. bawa ke muka pengadilan

Penjenayah sekarang makin tidak berhati perut. nak samun tu samun jelah..tak payah lah pergi bakar rumah orang jugak kan. banglo tu..ingat murah k. angin admin bila terfikir akan penyamun tu..rasa nak debik  jer...ekeke. tapi apakan daya..admin ni bukannya kuat macam Captain America..laju macam Supermak.

Jadi sebagai tanggung jawab sosial..admin hebahkan berita ini melalui blog. moga kisah ini jadi pengajaran yer pada semua. jaga keselamatan diri, keluarga, kawan2 dan harta benda anda. penjenayah sekarang makin tidak berhati perut. sama2 lah kita doakan semoga perkara buruk ini dijauhkan dari kita semua...amin (^_^)

0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..