Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 7 October 2011

Pemandu Ambulans Ditumbuk Didakwa Lambat Tiba Dirumah Pesakit

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

BESUT - Seorang pemandu ambulans dari Hospital Daerah Besut lebam mata kiri setelah ditumbuk seorang lelaki kerana didakwa lambat tiba untuk membawa isteri lelaki itu ke hospital.

Kejadian di Taman Abdullah, Alor Lintah, dekat Jerteh pada 2.45 pagi tadi, disaksikan seorang Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang datang bersama dalam ambulans itu yang dipandu Mahadi Mohd Jaafar, 39.

Mahadi, yang turut cedera di pipi kiri, memberitahu pemberita bahawa pada 2.30 pagi beliau menerima arahan daripada pegawai bertugas untuk mengambil seorang wanita yang sakit untuk bersalin di kawasan perumahan itu.

Katanya sebelum ke rumah berkenaan, beliau terlebih dahulu mengambil seorang Pegawai Perubatan serta dua jururawat dan tiba di rumah pesakit 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di rumah itu, seorang lelaki terus marah dengan mengatakan kami lambat sampai dan dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya sekali di bahagian pipi dan mata kiri," katanya.
Katanya lelaki itu bagaimanapun ditenangkan anggota keluarganya yang lain. Ketika kekecohan berlaku, Pegawai Perubatan dan dua jururawat itu membantu wanita berkenaan melahirkan sepasang anak kembar.

Mahadi berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Jerteh 40 minit kemudian selepas menghantar wanita dan dua bayi kembar itu ke hospital.

Ketua Polis Daerah Besu, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian.- Bernama. Sinar Harian



Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Kes macam ni pun ada ke?. tahu lah sayang bini..jangan lah pukul orang lain ikut suka hati jer. orang lain pun ada perasaan juga. kesian kat En. Mahadi tu kan..tak pasal2 kena pukul. admin percaya dia bukan sengaja nak lambat.

Lagipun dah tugas dan tanggungjawab dia untuk ambil dan hantar pesakit ke hospital. dia dah cuba buat yang terbaik tu. alasan yang diberikan juga kukuh..memang dah wajib kena ambil pegawai perubatan dan jururawat dulu. takkan dia pulak yang nak sambut bayi tu.

Memang patut lah tindakan En. Mahadi tu buat laporan polis. mana tidaknya..lebam mata kiri. mau tak sakit..kena tumbuk tu. bukannya jentik. moga dia akan dikenakan hukuman yang setimpal..lain kali agak2 lah nak tumbuk orang pun. kalau tak kerana pemandu tu..tak sampainya jururawat ke rumah kamu tu.

Moral daripada kisah ini..nak marah orang pun biarlah berpada2. jangan sebab marah orang kamu sendiri yang terima akibatnya.



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..