Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 18 October 2011

Bayi Terbuang Tidur Ditemani Kucing

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
-gambar hiasan


PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.
Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.
“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.
“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.
Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim. - SH Sungai Petani/ROSNANI SAAD & RIZAL ABDULLAH. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Saban hari ada jer kes buang bayi kan?. buang bayi dalam tong sampah, tangki, longkang dan yang paling teruk ditempat pelupusan samapah. sampai camtu sekali kan terdesak dorang. kalau terdesak pun jangan lah buat camtu..mana perginya iman dan belas kasihan. bayi tu tidak bersalah..yang bersalah dan berdosa tu KAMU.

Ni plak bayi dibuang didepan rumah penoreh. dah lah semalaman bayi duduk kat luar. nasib baik lah tak ada binatang seperti anjing kan. kalau tidak mungkin bayi tu dicederakannnya. tapi dengan kuasa allah kan..bayi itu ditemui dengan ditemani oleh seekor kucing. tengok tu..walaupun binatang..kucing pun ada perasaan jugak.

Mungkin ramai akan anggap kebetulan jer..tapi mungkin jugak dengan kuasa allah kucing itu dijadikan sebagai pelindung bayi yang tidak berdosa itu. hanya allah jer yang tahu..

Nasihat admin pada kawan2 semua. lagi2 kawan perempuan tu..pandai2 lah jaga diri yer. jangan lah buat perkara berdosa tu. dahlah buat maksiat..lepas tu plak buang jer bayi tu merata. kalau lah bayi tu mati..makin bertambah lah dosa.

Jaga maruah diri anda hanya untuk suami anda yang sah (^_^)

2 comments:

Awie Omar said...[Reply to comment]

Dah makin teruk kes buang bayi ni. Macam2 kempen buat semua x berkesan. Langsung x insaf.

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

tulah..punca utama adalah dari diri sendiri. jika iman masih kuat..xkan berlaku benda ni semua

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..