Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 29 October 2011

Penulis Blog Menang Anugerah APICTA

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Penulis blog, Muhammad Hafiz Ismail memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, Life Through My Eyes (www.apistakkisah.blogspot.com).

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia adalah penganjur bersama anugerah tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, MSC Malaysia dan MDeC berkata, Muhammad Hafiz menewaskan hampir 250 pencalonan lain.

:Menurut kenyataan itu, 246 syarikat tempatan, individu dan pelajar menghantar penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) buatan Malaysia mereka untuk bersaing dalam 19 kategori dan 35 pencalonan dipilih sebagai sama ada pemenang atau merit dalam kategori masing-masing.

Antara pemenang ialah E-Kerajaan Terbaik (IRIS AXESS P5000), IRIS Corp Bhd; Keselamatan Terbaik (Secure Token ST3), SecureMetric Technology Sdn Bhd; Aplikasi Kewangan terbaik (Digital Transaction Banker), eBworx Bhd; Syarikat Baru Terbaik,Open Dynamics Sdn Bhd; dan Projek Perisian/Perkakasan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Terbaik (Health3).

Menurut kenyataan itu, barisan pemenang akan bersaing di peringkat antarabangsa di Anugerah International APICTA di Pattaya, Thailand, lewat tahun ini. Sinar Harian



Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Wah..best yer dapat menang anugerah. tahniah kepada Muhd Hafiz. beliau merupakan seorang guru muda. apa2 pun sekalung tahniah dari admin. bangga kot..dapat menang anugerah APICTA tu. admin sendiri pun tak pernah nak menang apa2 anugerah pun. dah blog tak femes..nak buat camne kan...huhu.

Kepada kawan2..tentu korang pun nak menang camni jugak kan. apa lagi ada jer lagi pertandingan tu tahun depan terus jer masuk..huhu. blog dia pun admin dah silau2 tadi..cukup sederhana..follower pun boleh tahan. kalau korang semua nak tengok blog dia di persilakan. ni link blog dia http://www.apistakkisah.blogspot.com/

Agak2 korang kalau blog admin ni masuk pertandingan boleh menang tak...ekekeke (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..