Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 1 November 2011

Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


- gambar Mr Google

Salam semua. hari ini admin ingin berkongsi dengan korang lagi tips yang berguna dalam menjaga hubungan percintaan korang. kali ini admin kongsikan perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki a.k.a teman lelaki. yelah..admin sendiri sebagai seorang lelaki pun ada perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara yang tak perlu..maksud admin..perkara SENSITIF.

Jadi dengan sebab itu admin ingin berkongsikan tips ini. mungkin ada yang bertanya..kenapa untuk lelaki jer. lelaki ke..perempuan ke..sama jer. ada perkara yang boleh dan tidak boleh dibincangkan. untuk entry seterusnya admin akan berkongsi untuk perempuan plak.

Ok..antara perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki ialah :

JANGAN CERITAKAN
Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

MEMBENCI IBUNYA?
Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.


HAL KECURANGAN
Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

BERTAMBAHNYA USIA
Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

MENCURANGI SUAMINYA
Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.


MEMBUATNYA PATAH SEMANGAT
Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

PERKATAAN BERCERAI
Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

PENDAPATAN YANG LEBIH BESAR
Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

GHAIRAH HIDUP
Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Semoga tips diatas berguna kepada korang dalam lebih memahami hati seorang lelaki. setiap orang ada perasaan. tak kira lelaki mahupun perempuan. sama2 lah bertolak ansur untuk hubungan yang lebih indah (^_^)

Sumber : tentang cinta

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..