Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 28 October 2011

Gempar Objek Bawah Kenderaan Disangka Bom

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik restoran ketakutan selepas menemui objek disangka bom yang dipasang di bahagian bawah kenderaan pacuan empat rodanya di Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas di sini, semalam.

Wanita berkenaan yang berniaga di kawasan berhampiran dimaklumkan mengenai objek tersebut oleh seorang pencuci kereta, ketika menghantar kenderaannya, jenis Toyota Hilux untuk dicuci di sebuah premis di situ.

Selepas diberitahu mengenainya, dia memeriksa berhampiran tayar belakang kiri, dan menemui objek berbentuk empat segi dilekatkan pada bahagian tersebut, kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid berkata, sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpu ke tempat tersebut selepas menerima panggilan daripada wanita itu.

Pada masa sama, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas juga ke tempat kejadian.

Katanya, pemeriksaan dengan menggunakan robot khas menemui satu objek berwarna hitam yang dilekatkan menggunakan pita pelekat.

Difahamkan, objek itu mempunyai dua antena menyerupai alat pengesan dengan saiz sebuah telefon bimbit.

“Objek itu bukan bom atau bahan letupan dan UPB sudah memusnahkannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti objek itu dan menyiasat motif kejadian. Sinar Harian



Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Fuhh..nasib baik bukan bom kan. kalau admin sendiri jadi wanita itu pun turut berdebar jugak. yelah..wanita tu pemilik restoran. mungkin ramai yang dengki dan khianat. zaman sekarang..macam2 boleh berlaku. kalau dah dengki..macam2 sanggup lakukan.

Tapi..mengikut keadaan fizikal benda tu lebih kurang cam alat pengesan kot. apa motif orang yang letak tu erk?. nak mengekori wanita tersebut?. boleh jadi..apa2 pun tindakan wanita tersebut melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis adalah satu tindakan yang tepat.

Yelah..mana tahu kot bom betul2 kan. tak pasal2 nyawa wanita dan pencuci tersebut dalam keadaan bahaya. ingat tu kawan2 semua..kalau ada apa2 mencurigakan jer berlaku pada diri dan persekitaran kamu. cepat2 laporkan pada pihak polis. sekarang macam2 boleh terjadi. nasihat ikhlas dari admin (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..