Friday, 14 October 2011
Kereta Terbang
BENTONG – Seorang warga emas maut dalam kemala-ngan melibatkan tiga kenderaan yang berlaku di Kilometer 45.5 Lebuhraya Karak- Kuala Lumpur kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Saudah Ahmad, 73, beralamat di No 419 Felda Bukit Bading, Ajil, Terengganu.
Mangsa menaiki kenderaan jenis Myvi bersama tiga lagi saudara dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur .
“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan dipercayai melanggar sebelah kanan sebuah Landrover milik Angkatan Tentera Malaysia dan kemudiannya terbabas ke kanan jalan.
“Kemudian kereta Wira itu melanggar tembok pembahagi jalan dan terus memasuki laluan bertentangan. Selepas itu ia bertembung dengan kereta Myvi yang dinaiki mangsa,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, mangsa yang duduk di bahagian belakang pemandu Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, tiga penumpang Myvi dan pemandu kereta Wira pula hanya mengalami kecederaan ringan serta menerima rawatan di Hospital Bentong.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis,” katanya. Sinar Harian
Sedikit Ulasan Adminkongsi :
ngeri admin dengar dengan macam2 kemalangan sekarang. admin pun pernah terbabit dalam kemalangan. dan selepas tu admin dah tak berani nak naik motor laju2 ni. biar lah orang nak gelak pun..admin masih sayangkan nyawa ni.
Nasihat admin..jangan lah korang naik kereta atau motor tu laju sangat. naik slow2 pun sampai jugak ke destinasi. keselamatan lagi penting..ingatlah orang yang tersayang. jika kamu tak ada "girl frenz"pun..kamu masih ada keluarga kan.
Tapi kalau dah takdir..tak dapat nak elak jugak kan. itu lain..itu kuasa allah. tapi sekurang2nya kita mencegahnya kan..nasihat ikhlas dari admin (^_^)
Berguna Kepada Anda?. Sila Klik IKLAN NUFFNANG 1X Sebagai Tanda Terima Kasih
TERKINI
KAMU JUGA MUNGKIN MEMINATI
Labels @
kereta terbang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment