Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 29 October 2011

Rz! Ustazah Pilihan lebih mencabar

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Astro Oasis meneruskan kesinambungan menerbitkan program realiti bercorak keagamaan. KalauImam Muda berjaya melahirkan anak muda lelaki yang mempunyai kredibiliti sebagai ikon lelaki muslim, kali ini mereka bakal melahirkan personaliti dalam bidang pendakwahan daripada kalangan anak muda wanita menerusi Ustazah Pilihan.
Ustazah Pilihan berpaksikan pencarian pendakwah unggul dengan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam sebagai pemimpin generasi akan datang. Ia semestinya cabaran baru yang lebih sukar berbanding pencarian Imam Muda.
"Ustazah Pilihan akan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita yang bukan sahaja berperanan sebagai isteri atau ibu, tetapi memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang yang mempunyai kebolehan berkomunikasi serta mempunyai daya fikir yang cukup baik dan matang," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.
Tiga penceramah hebat dipertanggungjawabkan untuk membentuk sepuluh peserta yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Program itu akan bersiaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia akan menampilkan penyampai radio Ikim.FM, Siti Rohani Surani sebagai pengacara.
Peserta akan dipimpin oleh Dr. Robiah K. Hamzah sebagai Mudirah (pengetua) dan dua tenaga pengajar yanag digelar Mursyidah iaitu Prof. Dr. Muhaya Hamad dan Ustazah Zawiah Hassan. Ketiga-tiga mereka dipilih berdasarkan latarbelakang yang kukuh serta pengalaman luas dalam bidang pendakwahan di peringkat tempatan dan luar negara.
"Segala usaha yang dilakukan ini ternyata membenarkan ungkapan yang berbunyi `mendidik wanita bererti mendidik generasi bangsa'. Siri ini diharapkan dapat memikul tangungjawab untuk membentuk pemimpin wanita generasi baru," katanya lagi.
Mereka mengakui penerbitan program seperti ini yang memaparkan peserta wanita lebih sukar dilakukan berbanding program yang melibatkan peserta lelaki. Ada banyak perkara yang ditekankan agar dapat menjaga tata susila peserta wanita. Program itu ditaja oleh Bank Islam dengan kerjasama Al-Riyadh Travel and Tours.


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..