Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 19 October 2011

Bayi Dikelar Di Perut, Leher Serta Belakang Badan

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Ke mana hilangnya perikemanusiaan? bayi baru lahir menerima nasib yang tidak berperikemanusiaan apabila mati dengan kesan kelar di leher, perut serta belakang badan. bayi itu ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di Betong, Kuching, Sarawak dipercayai baru sahaja dilahirkan tidak lebih 24 jam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada jam 9.15 pagi semalam bagi membantu siasatan.

“Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Kalau semalam kita dikejutkan dengan penemuan bayi depan rumah seorang penoreh getah dan hanya bertemankan seekor kucing. hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita yang lagi mengejutkan. bayi mati dikelar di perut, leher serta belakang badan.

Terkedu bila admin baca cerita ini tadi. sedih yang teramat sangat. apakah perumpamaan yang sesuai dengan perbuatan gadis tersebut. layakkah masih digelar sebagai manusia?. mana perginya akal fikiran. walhal binatang pun sayangkan anaknya.

Bila admin tengok gambar bayi dikelar tu..masyaallah..sanggup dia kelar sampai sedemikian rupa. macam kelar ayam dibuatnya. terfikir admin sejenak..sampai hati dia kelar..tak rasa bersalah dan kesian ke masa kelar tu?..takkan terdesak sangat?. macam2 persoalan timbul difikiran admin.

Yang nyata..admin sebagai manusia yang normal tak akan buat perkara sampai camtu sekali. masih ada waras difikiran admin. jadikan berita ini sebagai peringatan untuk korang semua. jauhi ZINA..jaga kehormatan diri tu baik2. bila dah terdesak..camni lah jadinya..

2 comments:

Unknown said...[Reply to comment]

sanggupnye mnusia bbuat mcm tu.. kejamnye mnusia skrg.. :'(

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

tulah..kemana hilangnya timbang rasa dan belas kasihan..binatang pun tak macam tu

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..