Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 29 October 2011

Rz! Siapa kata industri filem Malaysia suram?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Industri perfileman Malaysia sekarang semakin hari semakin meriah. Jumlah filem yang mendapat kutipan box-office juga semakin bertambah. Rekod yang dipegang oleh sesebuah filem terlaris tak lama kerana setiap tahun ada filem yang dapat mengatasinya.
Itu tandanya bisnes dalam bidang perfileman semakin hari semakin baik. Malah Malaysia sudah menjadi rujukan negara luar yang mahu belajar cara Malaysia mengembangkan industri filem.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA SEBUAH FILEM HEBAT DARI MALAYSIA.
Kalau dulu Syarat Wajib Tayang memperuntukkan selang dua minggu untuk meletakkan tarikh tayangan kerana tidak mahu filem tempatan bersaing sesama sendiri, hari ini tempohnya dipendekkan hanya selang seminggu.
Itupun puluhan filem menunggu jadual tayangan kerana banyak filem disiapkan sepenuhnya setiap bulan. Sebab itulah ada filem yang sudah hampir setahun disiapkan, tetapi terpaksa menunggu giliran.
Apa kata tayangkan dua atau lebih filem dalam satu masa untuk membolehkan filem-fiem yang sudah siap dapat masuk pawagam lebih awal? Adakah saranan itu boleh mengatasi masalah filem yang berlambak menunggu masa?
Walaupun sudah banyak filem menunggu tayangan, penerbit filem masih belum yakin untuk membiarkan persaingan sesama filem tempatan. Mereka tak mahu lihat ada filem yang akan merudum sekiranya ditayangkan serentak dengan filem lain yang lebih menonjol.
Penerbit yang aktif seperti MIG dan Tayangan Unggul mungkin tak ada masalah untuk menyokong sekiranya ada saranan mahu melonggarkan tarikh tayangan dua buah filem serentak. Mereka sendiri menerbitkan puluhan filem setahun.
Apatah lagi pawagam hari ini juga semakin berkembang. Walaupun banyak panggung menayangkan sesebuah filem, ia sebenarnya masih menampung keperluan tayangan. Konsep pawagam yang mempunyai beberapa dewan tayangan sebenarnya memungkinkan perkara itu diamalkan.
Kalau kita senaraikan judul filem yang sudah siap dan sedang menjalani penggambaran, sepanjang tahun ini tak ada masalah untuk menayangkan beberapa filem serentak sepanjang tahun ini. Pihak pawagam juga pasti tiada masalah kerana banyak filem lokal yang mengutip lebih banyak berbanding filem Hollywood atau Hong Kong.
Penerbit sepatutnya semakin berani bersaing. Kalau adanya persaingan sengit dalam meraih perhatian penonton, mereka tentunya akan menghasilkan sesebuah filem dengan lebih baik. Sekali gus akan meningkatkan mutu filem kita juga.
Tapi ada juga penerbit yang cuba mengambil kesempatan semasa melihat anak muda ghairah ke pawagam dengan menghasilkan filem berbajet rendah. Kalau bajet rendah dengan mutu yang baik, tak menjadi masalah. Yang tak sedapnya bila hasilnya juga amat mendukacitakan.
Pihak yang macam itulah sebenarnya mengganggu pasaran malah boleh dillabelkan sebagai perosak undustri filem itu sendiri. Semasa orang lain sibuk menghasilkan filem gah, dia pula hasilkan filem murahan.
Kita sudah melihat negara lain

DAVID TEO YAKIN FILEM MALAYSIA AKAN LEBIH MAJU.
yang pernah menjadi rujukan kita dalam menghasilkan filem yang baik suatu ketika dulu. Kini mereka semakin ke belakang kerana adanya penerbit yang menghasilkan filem murahan; yang berunsur seks, misalnya.
Thailand, Indonesia dan Filipina pernah mendepani Malaysia dalam hal penerbitan filem suatu ketika dulu. Tapi hari ini Malaysia sudah mengatasinya. Bukan setakat kelebihan jumlah filem yang dihasilkan, sebaliknya Malaysia lebih banyak dalam kutipannya.
Rusia mahu belajar?
Penerbit dari MIG, David Teo berkata orang Rusia ada datang ke Malaysia untuk meninjau dan mancari petua untuk mengembangkan perfileman di negara mereka. Dia sendiri didatangi oleh mereka ketika membuat kunjungan baru-baru ini.
"Mereka mahu tahu apakah petua orang Malaysia dalam mengembangkan indutri perfileman. Mereka dapat tahu perkembangan industri perfileman melalui kajian dan ia membawa mereka ke mari untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
"Orang luar sudah pandang industri kita, tapi saya tak puas hati apabila ada orang kita sendiri yang memberi gambaran industri filem kita tidak ke mana-mana. Itu satu fakta yang silap dan ketinggalan zaman. Dulu memang kita tak nampak perkembangannya, tapi hari ini perfileman Malaysia sudah berkembang," kata David.

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..