Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 8 November 2011

Serai Dan Kegunaannya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean


Sekali pandang, daun serai seperti lalang. Yang membezakan ialah aroma, perisa dan khasiatnya. Pokok serai adalah sejenis tumbuhan meliar, namun ada juga yang ditanam di kebun dan halaman rumah. Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambah perisa dalam makanan bagi menambah kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama boleh dimanfaatkan iaitu akar, batang dan daunnya


Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.


Antara kegunaan lain adalah seperti berikut:


Merawat Sesak Nafas
10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan dua gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah.
Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran satu gelas airnya. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum.Sebaiknya, lakukan ini tiga kali seminggu.  
  
Lawaskan kencing
Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama empat gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran dua gelas. Setelah suam, air rebusan ini diminum dua kali sehari.


Merendahkan Kolesterol 
Tiga atau empat batang serai yang telah dibuang akar dan daunnya diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan minum perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan malam. Dalam beberapa minggu sahaja, paras kolesterol dalam badan akan berkurangan.


Semoga berguna untuk korang semua yer. admin hanya berkongsi (^_^).

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


2 comments:

Ku Azhar said...[Reply to comment]

waaa br tau...blh ek utk sesak nafas...lps nie sape sesak nafas nak cabut serai kt blkng umah la :)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

huhu..tol tu. admin sendiri pun baru tahu serai ley guna utk ubt sesak nafas. jadi kongsi jelah dengan kawan2 (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..