- gambar hiasan
Soalan
Apakah hukumnya membetulkan gigi yang tidak teratur kedudukannya supaya menjadi lebih rapi dan teratur menggunakan teknologi ortodontik masa kini, begitu juga dengan hukum memutihkan gigi
Jawapan
Abdullah ibn Mas’ud pernah menerangkan bahawa Rasulullah melaknat mereka yang menjarakkan (merenggangkan) gigi-giginya demi kecantikan bagi mengubah ciptaan Allah [Shahih Muslim, no: 3966] Pengecualian diberikan kepada gigi yang tercedera disebabkan kemalangan, peperangan atau sebagainya, boleh dibetulkan kedudukannya agar orang tersebut dapat makan seperti biasa. Demikian juga dibolehkan memakai gigi palsu bagi orang yang sudah tiada gigi supaya dia dapat makan seperti biasa.Adapun memutihkan gigi, maka ia termasuk dalam anjuran agama untuk menjaga kebersihan. Namun berlebih-lebihan dalam memutihkan gigi seperti menggunakan pencuci kimia atau menghakis lapisan luar yang kuning boleh merosakkan gigi untuk jangka masa yang lama, maka elakkanlah ia.
Admin : Semoga berguna untuk admin sendiri dan korang semua (^_^)
0 comments:
Post a Comment