Tuesday, 11 October 2011
Tips Nak Tingkatkan Kelajuan Sistem Komputer @ Lappy Korang
Salam semua. hari ini admin nak kongsi sedikit tips yang admin amalkan kat korang. tips nak tingkatkan kelajuan sistem komputer @ lappy korang. untuk pengetahuan korang admin hanya menggunakan net book. kalau diikutkan kelajuan sistem net book adalah lebih perlahan berbanding dengan komputer atau laptop.
Tapi admin mengamalkan tips ini dan alhamdulillah setakat ini net book admin masih lagi "bernyawa" dan bebas daripada masalah besar. untuk pengetahuan korang..sistem komputer @ lappy kita akan menyimpan segala aktiviti yang kita buat semasa menggunakannya. ia dipanggil dengan pelbagai nama seperti history, cookies, junk file, temporary file dan macam2 lagi.
Secara tidak langsung ini semua akan melambatkan perjalanan sistem komputer kita. cuba bayangkan..kita buat pelbagai kerja dengan menggunakan komputer, melayari internet, yahoo massager, terima fail dari external dan macam2 lagi.
Jadi untuk kembalikan sistem komputer kepada asal walaupun bukan 100% kita kena "bersih" itu semua. perkara utama yang kita perlu ada ialah utilities atau cleaner. setakat ini admin menggunakan dua utilities atau cleaner.
Glary Utilities dan CCleaner
Glary Utilities dan CCleaner ini banyak membantu dalam "membersihkan" registry cleaner, temporary file cleaner, track eraser dan yang paling penting dia dapat membantu dalam spyware remover.
AVG PC Tuneup
Avg Pc Tuneup ini juga penting dalam cleaner sistem komputer kita. banyak fungsi didalamnya antara ialah system scan, remove junk file, erase history (privacy) dan macam2 lagi.
Dan yang paling penting..
Avg Antivirus 2012
Kelebihan antivirus ini adalah antivirus sistem akan meng-update file dengan sendiri. korang tak perlu susah2 nak buat. yelah kan..kadang2 kita ni pelupa..bukan selalu nak update kan. so, dengan ini korang tak payah runsing lagi lepas ni. pada admin..Avg memang terbaik.
Untuk kesan yang lebih baik. seelok2nya korang perlu utilities, cleaner dan tuneup komputer @ lappy korang setiap kali sebelum turn off. insyaallah..lepas tu korang nak tutup tak payah loading lama2. nak turn on balik pun cepat jer.moga info ini berguna buat korang yer.
Setakat ini jelah admin dapat berkongsi dengan korang. terpulang pada korang nak ikut atau tidak. admin kongsikan jer. ada ilmu kena kongs kan?. admin dah berkongsi untuk korang semua (^_^)
Berguna Kepada Anda?. Sila Klik IKLAN NUFFNANG 1X Sebagai Tanda Terima Kasih
TERKINI
KAMU JUGA MUNGKIN MEMINATI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Admin...
Nank tanya sikit, semua utilities ini boleh di install dalam satu lappy ke?
Thanks Admin.
@Norizan Mohd Rashid boleh jer..tiada masalah pun. cuma yang tak boleh install dalam satu pc ialah antivirus yang berlainan..
banyak masalah akan timbul nanti. mekasih.. (^_^)
Post a Comment