Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 17 October 2011

BAHAYA : Telefon Bimbit Boleh Dicemari E.coli

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan


LONDON - Satu daripada enam telefon bimbit di Britain mengandungi bakteria berbahaya Escherichia coli (E.coli) dan ia berpunca daripada tahap kebersihan pengguna yang rendah.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti London mendapati 16 peratus daripada 390 telefon bimbit di 12 bandar dicemari E.coli kerana pengguna tidak mencuci tangan dengan bersih selepas mereka menggunakan tandas.

Keputusan itu mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kesihatan penduduk berikutan penularan bakteria berbahaya membawa maut tersebut mula dikesan di Jerman, Jun lalu.

Dr Val Curtis dari London School of Hygiene and Tropical Medicine berkata, kajian mereka membuktikan sesetengah orang tidak mencuci tangan mereka dengan cara yang betul.

“Saya berharap dengan pendedahan ini akan menggalakkan orang ramai untuk kerap mencuci tangan kerana ia langkah mudah untuk menyelamatkan nyawa mereka,” menurutnya lagi. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Telefon bimbit pun boleh kena virus juga kan. yelah..dah tangan kita kotor, lepas tu pegang telefon bimbit plak. lagi2 bila kita baru lepas buat perkara "berat" tu. memang patut lah kita basuh betul2.

Yang admin bimbang yer perkara ni pun turut merebak di Malaysia. yelah..admin sendiri pun kadang2 suka sangat pegang telefon kawan. bersih atau tidak pun tak pasti kan. apa2 pun lepas ni kena berhati-hati lah sikit. bukan apa..untuk keselamatan diri kita jugak kan.

Nasihat admin pada kawan2 semua. lepas ni kalau nak pegang henset kawan2 tu hati2 sikit. kalau dia baru lepas balik toilet fikir lah dua kali yer...hehe. ada perkara penting admin kongsikan. harap korang dapat info yer..(^_^)

0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..