Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 14 October 2011

Peniaga Simpan Ayam Dalam Tandas

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

PAYA TERUBONG - Menjijikkan. Itulah perkataan yang mungkin boleh digambarkan terhadap satu operasi mengejut di sebuah pasar mini di Rumah Pangsa Majestic Height di Paya Terubong semalam.

Melalui operasi bersama Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu mendapati ayam yang masih hidup diletakkan dan dibiarkan dalam tandas kotor di premis berkenaan.

Bukan sahaja diletakkan dalam tandas, malah semua ayam yang dijual di premis itu juga disembelih berhadapan dengan tandas itu.

Ketika operasi didapati kesemua ayam hidup berkenaan diletakkan di atas lantai tandas dan menjijikkan apabila mangkuk tandas yang kotor dan tidak dipam dibiarkan terbuka begitu sahaja.

Malah, bau dalam tandas juga memualkan bagi sesiapa sahaja yang mula melangkah masuk ke bahagian belakang mini market itu.

Mini market yang terletak di bahagian bawah rumah pangsa itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini.

Malah, pemiliknya yang bukan warganegara tempatan mengakui memperoleh premis berkenaan atas nama kakak iparnya yang bertaraf warganegara Malaysia.

“Abang saya kahwin dengan orang sini, saya cuma jaga kedai dia sahaja,” kata lelaki yang dipercayai Bangladesh itu apabila ditanya oleh Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong dan seorang lagi Ahli Majlis MPPP, Prem Anand.

Ketika pemeriksaan yang juga dihadiri oleh seorang Inspektor Daging MPPP, dan enam pegawai dari Bahagian Kesihatan Awam MPPP itu mendapati ikan keli yang sudah pun mula membusuk dan mempunyai kulat di badan juga turut dijual kepada orang ramai.

Lebih teruk apabila peniaga pasar mini juga secara sambil lewa meletakkan daging lembu yang mula membusuk dalam bekas daging yang sama untuk dijual kepada orang awam.

Atas kesalahannya, peniaga warga asing itu dikenakan kompaun sebanyak RM550 bagi empat kesalahan yang dihadapinya.

Ia termasuk kesalahan memelihara haiwan hidup di dalam premis mengikut Akta Establisment Makanan 1991 16 (2), dan dikenakan denda sebanyak RM100.

Sementara itu, kesalahan kedua ialah premis kotor mengikut Akta Establishment Makanan 13 (1) 1991 juga denda sebanyak RM100, dan atas kesalahan meletakkan barang di atas lantai turut dikenakan kompaun RM100.

Setelah diperiksa, peniaga juga gagal menunjukkan lesen perniagaan dan kemudiannya didenda mengikut Undang-undang Kecil Tempatan dan dikenakan denda sebanyak RM250.

Ah Teong berkata, beliau menerima aduan daripada orang awam dan wakil persatuan penduduk di situ mengenai kekotoran premis berkenaan.

Menurutnya, mana-mana pasar mini atau kedai runcit tidak dibolehkan menjual ayam atau ikan hidup melainkan hanya daging sejuk beku sahaja.

“Hanya peniaga di pasar awam atau pasar basah sahaja yang boleh menjual ayam atau ikan yang masih hidup,” katanya.

Dalam operasi itu, sebanyak 12 ayam hidup dan tiga tong berisi ikan dirampas MPPP dan akan diletakkan di Bahagian Penguatkuasaan MPPP Jalan Timah.

Ah Teong berkata, pemilik barang itu boleh menuntut kembali ayam dan ikannya dalam masa tiga hari dengan wang kompaun sebanyak RM50, sekiranya lewat sehari akan dikenakan RM10 setiap satu hari.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian kesemua haiwan hidup berkenaan boleh dilupuskan mengikut prosedur,” katanya.

Dalam masa sama, Ah Teong memaklumkan sehingga kini terdapat tiga kes premis kotor di persekitaran Gama, Komtar, satu kes di Jalan Pasar dan kes terbaru di Paya Terubong.

“Kami dari Bahagian Kesihatan Awam akan membuat operasi peperiksaan mengejut ini setiap hari dan aduan daripada orang awam adalah digalakkan,” katanya. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Memang PENGOTOR dan MENJIJIKKAN itu yang boleh admin gambarkan pada peniaga tu. dahlah simpan ayam hidup dalam tandas. lepas tu boleh pulak sembelih ayam tu depan tandas yang dibiarkan terbuka camtu jer.

Memang pengotor tahap dewa lah peniaga ni. kenapa lah tak jaga kebersihan tu. susah sangat ke?. kamu tu peniaga..kena lah jaga kebersihan betul2. sanggup ke kamu jual makanan yang kotor kepada pembeli.

Eee..cukup memualkan bila ikan keli yang hampir busuk dan berkulat pun turut dijual jugak. nak untung sangat pun jangan lah buat sampai camtu sekali. begitu juga dengan daging lembu yang mula membusuk tu. tak sanggup admin bayangkan keadaan tu.

Memang patut pun peniaga tu kena saman. padam muka peniaga tu..sape suruh pengotor sangat. diharapkan kejadian ini dijadikan sebagai pengajaran kepada peniaga lain. dan kepada kawan2..nak makan pun silau2 lah keadaan kedai dulu yer..ikhlas dari admin (^_^)

0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..