Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday 30 October 2011

Rz! Godaan Justin

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK



pix_gal0
SEMEMANGNYA lelaki ini sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa wanita cantik lagi popular. Selepas mendampingi bintang sensasi, Britney Spears, dia turut dikhabarkan berpacaran dengan Stacy Ferguson, Jenna Dewan, Alyssa Milano, Cameron Diaz, Scarlett Johansson dan Jessica Biel. 

Terbaru, lelaki tersohor yang mula mencipta nama ketika masih remaja bersama kumpulan ‘N Sync pada pertengahan 1990-an dikaitkan pula dengan pelakon seksi Mila Kunis. Namun kedua-duanya menafikan punya apa-apa hubungan, selain teman biasa.Kisah perhubungan yang kononnya membabitkan dua artis itu mula muncul di media massa September lalu apabila seorang lelaki dari Florida ditahan pihak berkuasa, atas dakwaan menggodam telefon bimbit bintang berkenaan. Dia juga dikatakan menggodam telefon beberapa artis lain.Pada mulanya, kedua-dua pelakon ini dikatakan bersikap begitu mesra antara satu sama lain di khalayak sebagai gimik melariskan filem lakonan mereka, Friends with Benefits. 

Bagaimanapun laman gosip TMZ berkata, gambar yang dikatakan dicuri daripada telefon mereka menunjukkan keadaan sebaliknya. Antara foto yang diperoleh laman itu menunjukkan Justin tidak berbaju, malah ada juga foto lelaki terkenal itu dengan seluar dalam perempuan di atas kepalanya. Manakala foto yang dikatakan termuat dalam telefon Justin pula ialah gambar Mila sedang berada dalam kolah mandi. Kini, kenyataan siapa yang harus dipercayai? 

Pada dasarnya, tentu peminat tidak kisah kalau kedua-duanya mempunyai hubungan cinta. Apatah lagi ketika itu masing-masing difahamkan tidak mempunyai teman istimewa. Jadi, kenapa pula mereka harus menafikannya? 

Ataupun sememangnya Justin masih lagi teringat dan cuba berbaik-baik semula dengan bekas kekasih, Jessica Biel? Lebih-lebih lagi, apabila beberapa hari lalu penyanyi dan pelakon sensasi itu dikatakan dilihat dalam keadaan sungguh mesra bersama wanita berkenaan. 
Mereka pernah memberikan media berita hangat apabila mula berpasangan kira-kira empat tahun lalu. Namun kedua-duanya mengumumkan, mereka tidak lagi bersama pada Mac tahun ini. 

Baru-baru ini, selepas majlis tayangan filem terbaru lakonannya, In Time, Justin, 30, pergi ke majlis keraian di sebuah rumah di Beverly Hills. Di sana dia dilaporkan berpesta bersama Jessica, 29. 
Menurut sumber yang memberitahu Us Weekly, aktres terbabit tidak memunculkan dirinya sehinggalah tiba waktu parti selepas majlis tayangan diadakan. 

"Mereka kelihatan seperti masih saling mencintai, umpama pasangan yang begitu comel sekali," kata sumber berkenaan. 

Ada juga laporan menyatakan, pasangan ini bercium ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem terbabit. 

Pada Ogos lalu, sumber lain memberitahu, pasangan itu sebenarnya masih kerap berhubungan dan ingin memberikan masing-masing peluang kedua. 

"Jessica benar-benar mahu kembali ke pangkuan Justin dan lelaki itu sendiri sedar, kehidupan bujang bukanlah untuknya," katanya. 

Dari komedi ke aksi lasak 

SEMENTARA itu, menerusi filem fiksyen sains yang menggandingkan dirinya dengan Amanda Seyfried, Justin menyaksikan sisi lain dirinya sebagai pelakon apabila menjayakan watak yang memerlukannya beraksi lasak. Lebih hebat, dia melakukannya dalam pakaian kemas, tuksedo. 

Kata bintang ini, dia tidak biasa memakai tuksedo dan kemudian berlari berbatu-batu pada satu malam, seterusnya melakukan babak aksi. 
Antara babak lasak dijayakannya pula termasuk bertumbuk, menendang, melompat keluar dari bilik hotel, menembak, serta berkejar-kejar kereta di sisi pasangannya, Amanda. 

Lelaki ini bagaimanapun tidak berasakan dia melakukan aksi sepenuhnya dalam In Time, yang mula ditayangkan semalam. Begitupun, aksinya itu agak meyakinkan dalam menakutkan musuh serta menyebabkan kemusnahan. 

Dia juga tidak menganggap wataknya itu seperti John Rambo, sebaliknya sebagai Will Salas, dia perlu menjadi lelaki yang terdesak tetapi bijak. 

Selepas menunjukkan lakonan memberangsangkan dalam The Social Network, serta mempamerkan aksi lucu dalam Friends With Benefits dan Bad Teacher, penyanyi SexyBack ini tampil lebih lasak dalam drama futuristik itu, yang mengetengahkan persoalan mengenai nilai masa. 

Berikutan wataknya dalam filem itu memerlukan dia banyak berlari, Justin terlebih dulu giat berlatih larian pecut sebelum penggambaran dimulakan. Lalu, apabila dia beraksi di depan kamera, lakonannya dilihat cukup bersahaja. 

"Saya mahu karakter saya bergerak seperti badannya begitu ringan. Apa yang mampu saya katakan, saya banyak kehilangan lemak ketika berlatih untuk filem ini," katanya. 

Dia juga turut tercedera pada bahagian kaki ketika menjayakan babak melepaskan diri dari sebuah bilik, lalu terjun ke atas meja yang bergoyang. Ketika mendarat di atas lantai yang keras, pergelangan kakinya mengalami kecederaan. 

"Ketika itu, saya rasa seperti kaki saya ditembak seseorang. Saya kelihatan terhincut-hincut dalam babak terbabit kerana menarik seorang tebusan, padahal saya cuma mampu bergerak atas satu kaki saja," dedah Justin yang terus rebah apabila pengarah menjeritkan ‘cut’. 


Sumber : Klik Sini


Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..