Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday 2 October 2011

Pelik : Penderma Jepun tinggalkan RM415,000 di tandas awam

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

TOKYO - Bagaimana anda selalunya mendermakan wang kepada orang lain? Seorang penduduk di Jepun menggunakan cara paling pelik untuk mendermakan wangnya.

Penderma tidak dikenali itu meninggalkan wang tunai bernilai 10 juta yen (RM415,000) di dalam sebuah tandas awam di Jepun, beserta arahan duit itu mesti digunakan untuk membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu, Mac lalu.

“Saya sendirian. Saya tiada masa depan jadi berikan wang ini kepada penduduk Tohoku,” menurut nota tulisan tangan itu, merujuk kepada bandar di utara Jepun yang musnah teruk dalam bencana buruk itu.

Pihak berkuasa Sakado mengesahkan, kelmarin, mengenai sebuah beg plastik berisi wang tunai itu yang ditemui di dalam tandas di bandar tersebut pada 22 September lalu.

Menurut pegawai majlis perbandaran di kawasan itu, wang tersebut akan diserahkan kepada persatuan Palang Merah Jepun jika penderma misteri itu tidak menuntutnya semula dalam tempoh tiga bulan. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi : 
Pelik betul cara penderma tu kan. kenapa dia tak pergi sendiri ke Persatuan Palang Merah Jepun. yang lagi peliknya dia kata dia tiada masa depan dan kesorangan . duit dah banyak..takkan tak ada masa depan lagi.

Urm..mungkin dia orang kaya yang keseorangan kot. ditinggalkan oleh anak dan bini. apa2 pun niat dia bagus untuk menderma. nasib baik duit itu dijumpai oleh orang yang bertanggung jawab. kalau dijumpai oleh penyangak..dah habis duit tu (^_^)



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..