Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday 2 October 2011

Pelajar Terkejut Coklat Berulat

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

KARAK – Kegembiraan sekumpulan murid menikmati coklat yang diperoleh hasil kesungguhan mereka memenangi pertandingan sempena bulan kemerdekaan anjuran sekolah bertukar menjadi kecoh apabila coklat itu berulat.

Seorang murid, Loqman Haqqim Abdul Jalil, 12, berkata, selepas mendapat coklat yang merupakan hadiah bagi johan pertandingan lagu patriotik dan johan menghias kelas, mereka berkumpul untuk menikmatinya.

Menurutnya, ketika dia sedang asyik membuka bungkusan coklat, dia ternampak ulat berwarna putih keluar dari bungkusan.

“Saya terkejut lalu memaklumkannya kepada rakan-rakan dan cikgu berkaitan perkara itu.

“Cikgu meminta kami berhenti memakan coklat itu dan mengumpulkannya semula,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nurul Atasya Amran, 12, berkata, dia terperanjat apabila dimaklumkan rakannya berhubung perkara itu memandangkan dia sudah menghabiskan sebungkus coklat.

Menurutnya, saya langsung tidak menyedari kepelikan atau rasa luar biasa ke atas coklat itu kerana terlalu seronok.

“Tetapi apabila diberitahu rakan-rakan terdapat coklat yang berulat, saya hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku memandangkan saya sudah menghabiskannya.

“Selepas beberapa jam memakan coklat itu, saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti cirit-birit,” katanya.

Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah terbabit, Anikah Rusida Yusof berkata, pihaknya hanya menyedari coklat itu berulat setelah dimaklumkan oleh murid dan guru kelas terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas beberapa bungkusan coklat itu mendapati terdapat bau kurang menyenangkan dan struktur coklat juga berlainan kerana kelihatan lebam serta terdapat ulat berwarna putih.

“Tidak sangka perkara ini berlaku kerana tarikh luput yang tertera adalah pada 2012 dan pihak sekolah sudah menghubungi pihak pengeluar coklat bagi memaklumkan kejadian itu.

“Dalam masa sama, pihak sekolah juga akan membuat aduan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung perkara ini supaya ia tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Anikah berkata, sekotak coklat yang mengandungi antara enam hingga lapan bungkusan coklat itu dibeli dengan harga antara RM4.95 hingga RM5.95 di sebuah kedai di Temerloh pada 24 September lalu. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Ada jugak kes macam ni yer. nasib baik adik Loqman tu sedar. kalau tak..semua orang akan makan coklat berulat ni. yang kecian nya adik Nurul Atasya tulah..dah habis makan baru tahu. nasib baik tak keracunan budak2 tu kan.

Yelah..budak2..bukan tahu sangat pun coklat tu camna. yang dorang tahu just nak makan jer. penat lelah dorang masuk pertandingan..dapat hadiah pulak coklat camtu. memang tak berbaloi lah. yang jadi persoalannya tarikh luput lambat lagi. 2012. tapi kenapa dah berulat dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan plak.

Nasihat admin pada pihak sekolah supaya buat laporan kepada pihak yang berkenaan dan dapatkan pampasan. bukan apa..kita sebagai pengguna ada hak ke atas barang yang kita beli. lagi satu supaya pihak pengilang ambik berat dengan cara pemprosesan. jaga etika kerja tu. moga perkara ini tidak terjadi pada orang lain lagi yer..



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..