SAAT AKU MENGENALI MU .. Kau hadir ketika aku sedang terluka dan ketika itu kau dengan mesranya menghulurkan tangan kononnya mahu menjadi penawar duka . Tapi semakin lama aku mengenali mu, aku sedar kau hanyalah menganggap aku sebagai boneka yang boleh kau permainkan .
MASIHKAH KAU INGAT .. Ketika aku kesepian dan memerlukan kau di samping ku saat itu kau tidak pernah muncul bahkan tidak pernah ada untuk ku . Apa yang mampu aku nyatakan adalah kau hanyalah seorang manusia yang hanya pandai menanam tebu di tepi bibir . Kau hanya pandai bermain kata dan janji tapi sukar menunaikan apa yang di janjikan . Kini aku sedar akan kekhilafan ku dalam mencintai mu .
DAN MASIH INGATKAH KAU SAAT AKU BERLALU PERGI .. Apa yang kau lakukan? . Kau hanya berdiam diri tatkala aku berlalu pergi dari mu, tidak terlintas di hati kecil mu untuk menghalangi niat ku padahal aku berharap kau melakukan itu . Kau seolah-olah rela atas pemergian ku padahal sebelum itu kau memberikan kata-kata cinta buat ku . Apakah itu buktinya kau sayang? .. Berdiam diri saat aku semakin berlalu dan tanpa berkata apa-apa untuk memperbaiki keadaan . Aku sungguh kecewa dengan cinta palsu mu .
MAHUKAH KAU TAHU AKAN SESUATU .. Saat aku berpisah dengan mu perbagai tohmahan yang aku terima . PERAMPAS, perkataan itu dilemparkan oleh seseorang kepada ku selepas perpisahan ini . Wajarkah dia melemparkan kata-kata itu pada ku sedangkan dia tidak tahu apa yang terjadi antara kita berdua dan kekasih mu kini . Wajarkah aku mendapat gelaran itu sedangkan kau yang melakukan kesalahan ..! Bermain kayu tiga di belakang ku dan akhirnya aku yang menanggung kesilapan mu . Aku telah redha dengan peristiwa itu dan tangan ku masih terhulur untuk pintu persahabatan antara kita . Namun aku sedar kau tidak akan pernah menyambut huluran tangan ku kerna kini kau telah menganggap aku sebagai kaca yang membinasakan hidup mu .
DAN KINI AKU MAHU KATAKAN PADAMU .. Biar kelukaan ini terus bernanah, kebencian dan dendam tidak pernah wujud dalam diri ku buat mu mahupun sesiapa . Aku tidak mahu terseksa hanya kerna membenci lelaki seperti mu . Aku tetap akan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mu . Aku harap kau akan menghargai si dia sepertimana aku menghargai mu suatu ketika dulu .
Dikongsi Oleh : Miss Mieyna
0 comments:
Post a Comment