Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday 20 October 2011

Disuntik Jarum HIV Sebab Tinggal Kekasih

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

JOHOR BAHRU – Setelah 18 tahun menjalin cinta, seorang eksekutif jualan memutuskan hubungan dengan kekasih kerana didera.

Akibatnya, Fanny, 37, mendakwa telah disuntik dengan jarum HIV positif yang didakwanya didalangi bekas teman lelakinya, Jerry, 40.

“Hubungan kami berjalan lancar sepanjang 17 tahun lalu sehingga akhir tahun lalu, apabila Jerry memberitahu dia sakit teruk, jadi saya berhenti kerja dan berpindah ke kediamannya untuk menjaganya,” katanya pada sidang media di sini yang dianjurkan pembantu khas Menteri Besar Johor, Loh Teh Hian.

Fanny berkata, teman lelakinya mula berubah menjadi seorang yang baran, malah mendera secara lisan dan memukulnya beberapa kali.

“Setiap kali saya memberitahunya saya akan tinggalkannya, dia akan ancam mahu menyuntik saya dengan jarum HIV positif, membuatkan saya terus tinggal di sisinya.

“Dia mula kehilangan berat badan dan mengadu sakit kaki dan dada tetapi dia tidak pernah membenarkan saya menemaninya untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Akibat tidak mampu bersabar dengan sikap teman lelakinya, Fanny nekad keluar dari rumah tersebut Selasa lalu.

“Beliau cuba menghubu-ngi saya banyak kali dan merayu agar saya kembali kepadanya, jadi kami mengadakan pertemuan di sebuah pusat beli belah 16 Oktober lalu.

“Semasa duduk di restoran makanan segera di situ, ada seseorang berlari ke arah kami dari belakang saya dan ketika itu saya rasakan ada sesuatu yang mencucuk belakang saya,” katanya.

Sejurus kejadian, teman lelakinya bangun lalu me-ngutip jarum suntikan yang terjatuh ke lantai, lalu memberitahu saya telah disuntik jarum HIV positif.

“Beliau berkata kepada saya dengan cara itu, saya akan kembali ke pangkuannya,” katanya.

Jelas Fanny, biarpun pemeriksaan kesihatan telah dibuat dan dia disahkan bebas HIV, namun doktor menyarankan enam bulan untuk pemantauan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Zainuddin Yaakob mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam. Sinar Harian


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Semata-mata nak suruh awek tu balik pada dia sanggup suntik kekasih dengan jarum HIV. ada jugak cara camni erk. harap2 korang jangan cuba cara camni yer..guna lah cara lain. pujuk lah elok2..kalau dah salah kamu tu minta lah maaf..sekeras2 hati perempuan tu..ada juga masa lembutnya..tak gitu?...ekeke.

Nasib baik lah selepas pemeriksaan menunjukkan perempun tu bebas dari HIV. mungkin lelaki tu buat gimik jer kot. dia pun ada hati dan perasaan jugak..tak sanggup nak bagi kekasih dia jangkitan HIV jugak. dah terdesak sangat lah tu..mungkin lelaki tu sayang sangat2 kat perempuan tu.

Apa2 pun masalah dorang..moga dorang selesaikan baik2 yer. tujuan admin kongsi artikel ni adalah sebagai nasihat dan sempadan. kalau kita sayang seseorang tu..jangan lah guna cara terkutuk untuk dapatkan dia balik. ni tidak..zaman sekarang ni putus jer terus cari bomoh untuk dapatkan balik..sanggup pukul boyfriend awek tu lah. macam2 terjadi..

Banyak lagi cara baik yang boleh digunakan. takkan nak admin ajar jugak...ekeke. bagi lah bunga, cokelat ke apa2 aje yang perempuan tu suka. takpun cuba bawa perempuan tu ke tempat nostalgia percintaan korang. mana tahu bila dia terkenang kembali..terbuka hati dia untuk terima kamu kembali.

Tapi..kalau dah tak ada jodoh terima jelah. kita hanya merancang..Allah yang tentukan segalanya. apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. antara kita sedar atau tidak jer. renung2kan lah yer..moga berguna untuk korang. nasihat ikhlas dari admin (^_^)

2 comments:

Razil Tahir said...[Reply to comment]

ade jugak kes cmnie... hm...
nak pujuk ke nak bunuh kekasih? hm...

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

ntah lah..dunia sekarang..makin teruk..macam2 boleh terjadi..urm

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..