Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday 8 September 2011

Amanah Dalam Bersahabat

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Amanah sememangnya sering dikaitkan dengan kepercayaan. Ia juga amat rapat dengan iman seseorang Muslim yang mana dikatakan bahawa dengan tiadanya amanah maka tiadalah iman. Dalam bahasa Inggeris ia diertikan sebagai trust, dan dinisbahkan kepada kata, rely on. Contohnya - to trust in God, atau percaya kepada Tuhan.

Lawan bagi 'amanah' ialah 'khianat', iaitu salah satu ciri kemunafikan dan secara langsungnya termasuk dalam ciri kekafiran. Bahasa Inggeris disebut sebagai betray, dan perbuatan ni adalah hina disisi Allah s.w.t. Memperkatakan tentang amanah ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat luas skopnya. Ambil satu sahaja contoh yang rapat dengan kita iaitu amanah dalam bersahabat. Sebelum datangnya 'jiwa' untuk bersahabat, Islam telah menggariskan beberapa sifat untuk memilih sahabat.

Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yang sama dengan sahabatnya.

Abu Sulaiman Darami rahimahullah berkata,

" Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya."

Jadi, sebagai seorang Mukmin yang memegang amanah Islam dalam kehidupan, bawalah sahabat kita ke arah kebaikan dan sentiasa mengikut panduan ditetapkan dalam syariat, usah berlebih juga berkurang. Insya-Allah. Amin.




semoga bermanfaat buat semua jua buat diriku ini. Insya-Allah. Amin.
sekian.




والـسـلام





terima kasih sudi bace coretan saya. sila datang lagi.

Dikongsi Oleh : syazwani sulong
Sumber Link : http://mutiaraqaseh-shinju.blogspot.com/2011/09/amanah-dalam-bersahabat.html


2 comments:

speak on mind said...[Reply to comment]

nice entry!

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

kongsi daripada kawan2...huhu. jika ingin berkongsi jgk...silakan (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..