Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 19 September 2011

PERHATIAN : Satelit Hentam Bumi Minggu Ini

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

WASHINGTON - Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah satelit lama di angkasa dijangka jatuh ke Bumi dalam tempoh seminggu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini sedang memantau satelit seberat enam tan itu dan menjangka ia akan menghentam Bumi pada 23 September depan.

Saintis Nasa turut mengumumkan satelit itu dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil semasa mendekati Bumi dan kemungkinan untuk serpihan itu terkena seseorang di planet ini adalah 1 dalam 3,200.

Maklumat terperinci akan diumumkan Nasa, minggu ini dan buat masa ini, semua benua kecuali Antartika mempunyai kemungkinan dihentam serpihan satelit itu. Sumber : Sinar Harian 18/09/2011


Sedikit Ulasan AdminKongsi :
Salam semua. hari ini Sinar Harian ada melaporkan bahawa bumi akan dihentam dengan sisa2 sebuah satelit lama. ntah betul...ntah tidak..tapi tak salah ambik peduli kan

Dalam seminggu satelit tu akan jatuh ke bumi. dah lah sebesar enam tan. walaupun dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil. situasi tu masih berbahaya kepada penduduk bumi. walaupun nisbah terkena tu agak kecil dalam 1 dalam 3, 200.

Mintak2 lah Malaysia dijauhkan dari terkena serpihan tu. mari lah sama2 kita doakan. bayangkan sisa2 satelit tu jatuh di pusat bandar...banyak nyawa yang dalam bahaya. jika jatuh dikawasan pendalaman tak apa lah.

Mari2 lah kita sama2 doakan moga rakyat Malaysia terselamat dari sisa2 tu. doakan juga yang cerita ni hanya rekaan AS tu. admin cuma kongsi dengan korang jer...dah alang2 baca dalam Sinar tadi. andai salah maafkan yer...sebarkan kepada kawan2 yer...mekasih.



1 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..