Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 28 September 2011

Remaja Ditetak Kerana Enggan Jadi Gangster

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK



BERCHAM - Seorang remaja hampir putus jari akibat ditetak sekumpulan samseng yang bertindak menyerangnya selepas berang kerana mangsa menolak pelawaan menjadi gengster bersama kumpu-lan itu.

Dalam kejadian jam 12 malam berkenaan, K Sasi Kumar, 19, sedang bekerja di kedai barangan lusuh milik bapa saudaranya, C Ramachandran, 43, ketika didatangi anggota samseng terbabit.

“Seperti biasa, saya melakukan kerja harian dan tiba-tiba kumpulan samseng yang menaiki kereta Perodua Viva itu menyerang pakcik saya yang bersiap-siap untuk menutup kedai.

“Pakcik saya ditumbuk di muka kemudian mereka yang bersenjatakan parang terus menyerang saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Menurutnya, dia berasa begitu ngeri apabila teringat arahan ‘potong dia! potong dia’ yang disebut oleh seorang anggota samseng wanita ketika itu dan kata-kata tersebut masih masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga sekarang.

Sasi Kumar berkata, sebelum ini kumpulan itu pernah mempelawanya untuk menyertai kumpulan mereka beberapa kali tetapi dia menolak kerana sedar kegiatan itu tidak memberi faedah kepada masa depannya.

“Malangnya, saya diperlakukan sebegini kerana ingkar permintaan kumpu-lan terbabit,” katanya yang hampir kehilangan tiga jari kanan akibat ditetak sepasang suami isteri serta rakan mereka, dipercayai anggota kumpulan samseng di Kawasan Perindustrian Pinggir Bercham di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat motif sebenar kejadian dan menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan. Sinar Harian 28/9/2011


Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Apa nak jadi dengan dunia sekarang. terkedu admin bila baca berita ini tadi. gara2 enggan jadi gangster remaja ditetak. dah lah hampir putus tiga jari kanan remaja tu..ingat ayam ke apa ni. main potong2 jer..

Ngeri admin bila baca ayat "potong dia..potong dia". camne lah perasaan remaja masa itu kan. fikir mati jelah..tak fikir lain dah kot yer..bahaya betul lah sekarang ini. macam2 boleh jadi.

Yang lagi "gangster" tu bila remaja itu ditetak oleh "sepasang suami isteri". pergh..takkan satu family jadi gangster kot. dah macam dalam cerita KL GANGSTER lak admin tengok (^_^). 

Apa2 pun sekadar pesanan kepada remaja diluar sana..pandai2 lah jaga diri anda yer. jangan masuk kumpulan gangster. buruk padah yer..pada diri anda, keluarga anda dan orang yang anda sayang. fikir2kan lah..



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..