Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 13 September 2011

MELUPAKAN

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
assalammualaikum. hai semua =)

hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang~ (lagu tema untuk entry ni)

semalam bukan main emosional dekat muka buku. kalau boleh nak marah semua orang, nak maki semua orang. tapi nasib baik akal sedar mengingatkan jangan nak terlebih lebih jiwa mengenangkan dia yang sorang tu. tak dapat apa pun. merugikan je sebenarnya.

kurang teruja~

dek kerana nak melupakan apa yang telah terjadi, saya dan aiza buat keputusan untuk menghiburkan hati yang pedih tak terperi dengan bersenam amalan hidup yang sungguh sihat. mula mula memang plan baik punya nak ke pizza hut kat extreme park tu, tapi apakan daya bimbang lemak lemak tersia begitu sahaja, maka kami ke mcd giant jela. sebelum ternak lemak, perlulah bakar lemak terdahulu dengan berjalan kaki ke giant dengan muka senyum senyum.

aiza muka teruja lepas bersenam

Alhamdulillah lepas je ternak lemak, terus girang riang ria dah tak ingat dekat dia tu. semoga dia bahagia. Aminn. Esok bermulalah minggu ke 9 yakni tinggal separuh jalan je lagi nak final exam. minggu ni minggu yang sungguh mencabar sebab banyak kuiz dan test perlu diselesaikan dengan kadar segera. maka perlu belajar lebih lagi. doakan kejayaan saya dan rakan rakan ye kawan kawan yang disayangi. hajat kami menggunung tinggi nak dapat 4.0 flat sem ni. harap harap termakbul. Aminn.

sangat teruja~

DeepInMyHeart : berdebar =_=


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..