Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday 7 September 2011

Aku dah tak single! (KOMPILASI 1-5)

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK


Sesungguhnya setiap yang berlaku, ada hikmahnya..

------------------------------------------------------------
Aku benci betul bila arah hidup aku ni ditentukan orang lain.. Memang aku tak suka.. Aku rasa aku memang ditakdirkan untuk jadi leader, bukan untuk jadi follower, dan aku tak suka ikut arahan orang lain.. Waaa… aku benci… tapi nak buat macammana ni…. Aku dah terlanjur berkahwin!.. dan aku kini isteri orang… aduhai.. kalau lah dari dulu lagi aku bentak keputusan mak dan keluarga untuk jodohkan aku dengan dia, mesti sekarang ni aku dah bebas.. aku tak perlu nak rasa berdebar dan takut dan marah serta berbagai lagi perasaan dalam hati ni.. aku benci….. sungguh benci!

Baju nikah yang aku pakai siang tadi dah pun tergantung tepi almari.. tengok baju tu pun aku rasa macam nak marah jer.. aku tak nak kahwin dengan dia, tapi aku tak tahu kenapa aku tak berani nak cakap tak nak dengan mak.. Padahal aku ni memang jenis yang kuat melawan.. kenapa dengan aku ni?.. apa mak dah jampi agaknya..

Biarlah orang nak cakap dia ni baik, berbudi bahasa, ada agama, aku peduli apa, kalau aku memang dah tak suka, aku tak akan pandang pun… Ya Allah berdosanya aku.. Dia kini suami aku.. Suami 9 jam.. sejak nikah pagi tadi.. 

Apala dia buat kat luar tu agaknya.. tadi aku nampak dia tengah minum kopi dengan abang kat beranda.. Aku penat sangat ni.. rasa nak tidur je.. tapi aku nak tidur kat mana.. Aku tak ingin nak duduk sebilik dengan dia.. Ya Tuhan.. apa aku nak buat ni…

Aku tinjau-tinjau dekat luar bilik.. Aku dah tak nampak sesiapa kat ruang tamu. Tapi aku masih dengar suara orang berborak dekat luar beranda. Aku yakin dia ada dekat situ.. Aku betul-betul buntu nak buat apa ni.. memang aku gelisah yang teramat sangat ni.. Menyesal sangat-sangat aku cabar diri aku sendiri untuk kahwin dengan dia.. Dan aku juga rasa tercabar dengan kata-kata abang. Pergh, memang aku menyirap bila abang cakap dah tak ada orang lagi nak dekat aku ni. Masa tu memang aku benci sangat dengan abang walaupun aku tahu dia saja nak naikkan darah aku ni.. dia memang tahu kelemahan aku.. aku memang pantang tercabar, dan inilah akibatnya.. Aku terdampar dalam bilik ni dengan penuh sesalan. Tapi semua dah tak guna.. Dah tak ada orang yang boleh tolong aku lagi.. Kini aku harus tanggung segalanya seorang diri.

Perlahan-lahan aku tutup pintu bilik. Aku kunci terus supaya dia tak boleh masuk. Jahatnya aku. Aku dapat idea, cepat-cepat aku ambil kotex dan letak atas meja solek. Sengaja aku biarkan terpampang dekat situ. Sengaja! Supaya dia boleh nampak dengan terang, jelas dan faham. Kunci billik, aku buka kembali tanpa membuka pintu. Aku letakkan bantal dan selimut dekat bawah. Aku harap dia faham. Biarlah dia tahu isteri yang baru dia kahwini ini sebenarnya kahwin tanpa rela. Kahwin tanpa hati dan perasaan. Kahwin tanpa jiwa. Dan aku memang kejam. Ya, kejam. 

Setelah memastikan semuanya beres, aku melompat atas katil penuh girang. Ya, girang!. Ops, terlupa, aku bangun kembali untuk menutup lampu dan membiarkan kegelapan merajai suasana bilik pengantinku yang serba indah malam ini. Aku mahu tidur dengan lenanya… Lena tanpa ada sesiapa yang menggangu.
Kreokk… Pintu bilik dibuka perlahan.. Aku kembali berpeluh.. dan tiba-tiba lampu terpasang membuatkan aku semakin membatukan diri dengan mata yang tertutup erat.

“sayang..” sayup dan lembut aku dengar dia berbicara.. 

Aku tetap diam membatu. Aku harap dia faham bila aku dah letakkan bantal dan selimut dekat bawah untuk dia tidur. Walaupun aku tutup mata, tapi aku tak mampu nak tutup telinga, segala yang dilakukan, aku masih dapat menangkap bunyinya dan aku mampu melihat dengan ekor mata. 

Ya Tuhan, berderau darahku bila melihat dia bersolat.. Apakah yang dia doakan, adakah agar hati aku ini berubah dan taat padanya?.. atau dia masih belum lagi sedar aku ini kejam padanya.. Aku gusar. Derhakakah aku?.. tapi perasaan marah dan tidak puas hati masih merajai diri ini.. Ku biarkan dia dalam sujud doa kudusnya.. perlahan-lahan aku tutup kembali mata, dengan harapan agar aku boleh kembali single seperti semalam dan semalam yang lain..

Tap!.. duniaku cerah tiba-tiba, aku terjaga.. Ya Tuhan, aku tertidur.. dan aku beristighfar sekali lagi apabila melihat jam di dinding menunjukkan jam 3.30 pagi dan dia, suamiku itu masih ditikar sejadah. Aku tidak pasti dia belum lagi tidur ataupun baru saja bangkit. Perlahan-lahan aku bangun. Membetulkan tidurku yang tidak sempurna akibat pura-pura tidur sebentar tadi. 3 jam yang lepas!..

Tiba-tiba dia menoleh dan tersenyum padaku.. Subhanallah, dapat ku lihat betapa manisnya dia dalam senyumannya. Dia yang aku tidak relakan sebagai suami. Dan aku?. Aku tunduk tanpa membalas senyumannya. Ya Tuhan, sombongnya aku.. dan aku juga malu.. malu dilihat seperti ini. Dalam keadaan diriku yang masih terpisat bangun tidur… dalam keadaan diriku yang tidak sesempurna wanita. Salahkah aku membiarkan dia seperti itu.. Tuhan.. Bantulah aku.. 

Dia kembali menadah tangannya bermunajat pada Pencipta. Dan aku pula masih khusyu’ melihat dia begitu. Ada tarikan dalam dirinya yang membuatkan aku merasa begitu bersalah dalam diri. Keangkuhanku merajai segalanya. Keputusanku tetap. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Dan aku mahu begini. Aku lihat setitik demi setitik airmatanya gugur menyembah bumi.. Mengapakah?

Ya Tuhan mengapa dia menangis. Begitukah caranya bermuhasabah diri. Aku masih lagi merenung tingkah lakunya tanpa kelipan mata walau sekali. Tersentak dalam hati ini bagai disayat sembilu tatkala aku mendengar bait-bait kata-kata lembut dalam doa kudusnya dengan menyebut namaku sebagai isterinya. Dia mendoakan kesejahteraanku, dan kebahagiaan rumah tangga yang baru terbina ini juga agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 

Tersentak lagi jiwa ini.. Zuriat?.. Aku termangu sendiri. Inikah sebenarnya yang aku mahu dalam perkahwinan ini. Apakah sebenarnya niat aku tatkala aku menjadi isterinya. Dan sampai bila pula harus aku begini. Gugur airmata ini.. segera kusapu agar tidak kelihatan dimatanya. Aku tewas dalam perasaanku sendiri. 

“sayang..”

Tanpa sedar dia sudah duduk disebelahku. Memandang wajahku yang kusam dan kelat ini. Dan aku tetap tunduk tanpa mahu melihat wajahnya. Aku malu dan aku tidak mahu.

“ abang tahu, sayang belum lagi dapat terima perkahwinan ini. Ambillah masa selama mana pun yang sayang mahu, abang akan sedia menanti agar hati sayang memeluk hati abang. Abang akan setia menunggu dan berdoa agar tuhan bukakan pintu hati sayang untuk abang”

Ya Rabbul Izzati, betapa luhurnya dia. Luluh jantung ini mendengar setiap patah kata yang lahir dari bibirnya. Perlahan-lahan aku sematkan dalam hati untuk belajar mencintainya kerana agamanya. Aku terpaut pada setiap tingkahnya, setiap katanya yang sangat lembut menusuk tepat ke jantung ini.

Terima kasih tuhan kerana menemukan aku dengan nya.. Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan itu terletaknya di tangan Tuhan.. Jodohku telah pun ditetapkan dengannya, biarpun aku berkahwin tanpa relaku.. dan demi tuhan, aku juga akan belajar menerimanya.. Sungguh!. Aku terpaut, biarpun melihat tingkahnya dia tidak sampai satu malam!.. Subhanallah.. Maha suci Allah.
--------------------------------------------------------------------------------
Ada yang tersirat disebalik yang tersurat.. Percayalah!


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..