Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 10 September 2011

WAJAH RIANG HANYA PADA KANAK-KANAK SAHAJA?

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Entah kenapa tetibe petang tadi mr right bersiar-siar menghirup udara segar dengan membonceng motosikal pusing taman sambil bawak anak jiran. sangat riang wajah die.
die sangat rapat dengan keluarga mr right sebab sejak die berusia 4 bulan, die sudah rapat dengan keluarga kami dan kini die sudah berusia 5 tahun. 
die ni kakak kepada si comel [ INI ] . heh
 hye, nama saya Syamimi Balqis !
Mr right bawak die pergi jalan-jalan kat tempat landasan kereta api yang tak siap lagi. dan tempat tu antara jalan-jalan yang mr right pernah lalui masa sekolah dulu. naik basikal je pergi sekolah. lepas tu mr right tengok macam cantek gila tempat tu nak photoshoot segala kann. nak dijadikan cerita, kamera mr right tak bawak.

mr right : ala.. kamera tak bawak la balqis. cam mane nak tangkap gambar ni?
balqis : guna la hanset. kamera hanset kan ada.
mr right : erk. a'ah, betul-betul. (muka merah tahan malu)

Moral of the story, budak-budak memang sangat jujur. segala cerita/rahsia memang diorang akan bagitau straight to the point. mr right rindu nak jadi budak-budak balik. zaman tu sangat menyeronokkan.
kepala otak tak payah nak pikir segala masalah. hidup sentiasa happy. tak payah nak pikir masalah orang lain.

Tapi apabila berbalik kepada dunia realiti, perkara tu sudah lama berlalu. umur pun dah ** kan. so kena la terima kenyataan yang semua tu memang tak akan dapat balik.
mungkin lepas ni terus cuma tunggu ada anak sendiri baru le tengok betapa bahagianya budak-budak kann <<-- statement gatal gila !

Masa zaman persekolahan dulu, korang pernah main game digimon? pernah buat kad nama yang ade gambar retiss dan tertulis nama dan alamat kita?
pernah dapat arahan daripada guru-guru tak untuk kutip derma? siap ada buku rekod segala bagai tuww. mesti pernah kann. dulu mase sekolah mr right pernah pergi satu rumah ke satu rumah untuk kutip derma. pernah mr right dapat sampai beratus-ratus dan antara yang tertinggi dapat duit derma tuh.
mase tu innocent sangat. kalau tak, dah memang-memang mr right amik duit tu dan beli mainan ke, ape ke kann.. 
haha. jahat gila !
innocent budak-budak tak sama dengan innocent orang dewasa. diorang lebih jujur dengan apa yang diorang buat. tapi orang dewasa? kadang-kadang ada double meaning di sebalik perbuatan tuh^^

Semua orang sayang dan ambil berat dengan budak kecik. apa yang dia nak, semua akan dituruti. apa yang dia mahukan, pasti akan dapat. walaupun nak barang mainan yang mahal dan tak bawak sebarang faedah langsung, tapi orang sekelilingnya melihat perkara itu merupakan satu keperluan bagi dia.
tiada siapa yang dalam dunia ni yang sanggup marah budak kecik tanpa sebarang sebab kecuali kalau orang tu memang sewel dan anti dengan budak-budak. haha

Bila usia semakin meningkat dewasa, tiada siapa yang mahu ambil kesah sebab mereka-mereka fikir yang kita sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri. tapi sejauh mana ungkapan berdikari berdiri kukuh dalam diri kita? apa-apa pun, kite kena lah berbalik kepada realiti yang sememangnya pada pandangan orang sekeliling, orang yang dewasa lebih berdikari daripada orang yang lebih muda darinya(:

KIDS WERE BORN TO BE HAPPY

Tak dinafikan. zaman kanak-kanak memang akan tersemat erat dalam sanubari kita. nak patah balik zaman tuh?? mana bole ~ kalau nak patah balik pon, kena panggil doraemon rasanya. baru lah bole benda-benda ajaib macam tu berlaku. hee
kepada yang sedang meningkat dewasa, zaman itu sudah tamat. percaya pada realiti, insyaAllah kita akan lihat wajah kegembiraan pada wajah anak-anak kita kelak.


Nuffnang Ads




regards,
mr right.



JEMPUT 'LIKE' KALAU SUKA ENTRY INI (:


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..