Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 5 September 2011

Cerita dia (History)

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Assalamualaikum.
 Dah hujung-hujung cuti semester ni dah jarang aku update blog *ada ke orang nak baca masalahnya? hah! mungkin faktor kebuntuan idea menjadi punca, tak tahu nak tulis apa. aku ni bukanlah jenis blogger yang suka update kisah percintaan diri mahupun mencanang apa yang aku buat semasa cuti semester.
 Lately aku banyak habiskan masa menjadi silent reader daripada menjadi blogger. blog yang aku baca pulak bukanlah blog top blogger ataupun blog para retis blogger yang mengklaimkan dirinya sebegitu rupa.
 Aku baca blog sejarah. sejarah? mungkin ada sesetengah orang cakap ''bapak bosan baca sejarah tak ada life!'' kan? tak pun mesti ada yang cakap macam ni ''sejarah? subjek paling aku tak suka masa sekolah menengah dulu!''. alahai sedihnya.
 Sejarah yang aku baca pulak bukan calang-calang sejarah. bukan sejarah mengenai bagaimana Francis Light membuka negeri Pulau Pinang jauh sekali pasal pembunuhan J.w.w Birch oleh Dato' Maharajalela di Pasir Salak. tapi sejarah yang menjadi bahan bacaan aku sejak kebelakangan ni adalah sejarah bangsa Melayu.
 Kenapa dan mengapa? tak ada paksaan dan tak ada siapa yang suruh. semua ni atas inisiatif sendiri untuk mendalami sejarah silam dan kehebatan bangsa aku sendiri. apa yang hebatnya bangsa melayu ni? kaji lah dan aku yakin anda semua akan kagum. bukan tujuan untuk berbangga diri atas semua ini tapi menjadikan iktibar untuk kita sebagai generasi pada masa kini.
 Aku memohon maaf andai apa yang aku tulis ini berkisarkan kekaguman aku pada bangsa aku sendiri (kepada mereka yang bukan berbangsa melayu).
 ''Anda kenal pada bangsa anda sendiri?'' -cuba diajukan soalan ini pada seratus orang pemuda dan pemudi melayu pada generasi kini. kenalkah kita? (aku termasuk golongan yang jahil tentang sejarah bangsa sendiri). apa jawapannya?
 Siapa sangka Jose Rizal, pejuang Filipina itu adalah seorang melayu! dan nama kota Manila itu berasal daripada perkataan Amanillah yang membawa maksud dibawah keamanan Allah.
Jose Rizal
                                                               * * * * * * * * * * 
 Aku lihat pola masyarakat kita lebih mempercayai sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengkaji dahulu kesahihan apa jua sumber yang kita baca, dengar dan lihat kemudian terus membuat spekulasi yang bukan-bukan. mungkin ini yang telah diamalkan oleh kita sejak dibangku sekolah kita terus terima apa yang telah ditulis didalam buku teks.
 Subjek sejarah yang diajarkan pada zaman sekarang hanyalah sekadar melengkapkan gred untuk melayakkan diri ke pusat pendidikan seterusnya. tak ada penghayatan langsung alahai sedihnya.
 Tapi sebagai bangsa melayu pernahkah kita terfikir akan asal usul nenek moyang kita? aku rasa perbalahan antara Indonesia dan Malaysia mengenai penculikan budaya tak akan berlaku kalau kita kaji sejarah secara mendalam. aku akui fakta dan sumber mengenai ilmu sejarah aku sangat cetek dan hanya belajar sejarah semasa disekolah menengah. 
Enrique of Malacca/Hitam
 Anda tahu siapa beliau? beliau adalah pembantu kepada peneroka lautan berbangsa Portugis iaitu Ferdinand Magellan. kenapa aku tak menyatakan beliau adalah hamba/slave? kerana beliau mahir akan selok belok lautan yang menjadi kepakaran orang melayu pada masa itu :)

 Kenapa aku cakap macam tu? sebelum penjajahan Belanda ke atas Indonesia (Indonesia adalah nama  yang telah diberikan oleh penjajah Belanda ke atas wilayah nusantara seberang tanah melayu) dan sebelum penjajahan Inggeris ke atas tanah melayu dan sebelum bermulanya zaman kesultanan melayu Melaka oleh Parameswara tamadun melayu sudah lama bermula. jadi tak timbul isu pengklaiman budaya lainlah kalau kebanyakkan rakyat Malaysia orang putih memang boleh didakwa mencuri kebudayaan Indonesia. kan? bahkan Angkor Wat dan sebahagian khazanah yang ada di sekitar Kemboja dan Thailand ada perkaitan dengan ketamadunan melayu!
 Betapa pentingnya sejarah! dulu tak salah aku pernah timbul isu untuk memansuhkan subjek sejarah daripada dimasukkan kedalam subjek yang patut diambil untuk SPM. bagi aku ini kerja gila (sangat serius) alahai dah la malas nak belajar sejarah takkan terus nak lenyapkan subjek sejarah yang sangat menarik untuk diceritakan kepada anak cucu dimasa hadapan.
 George Santayana pernah menyebut siapa yang melupakan sejarah PASTI akan mengulanginya. dan ianya benar! tujuan utama kita belajar sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran supaya kita tidak mengulangi perbuatan yang serupa. Allah juga menyuruh kita mengambil iktibar akan umat-umat terdahulu sebagaimana kaum Lut dan Thamud yang dilenyapkan kerana kekufuran dan keingkaran mereka kepada utusan Allah.
 Apa yang menghairankan aku bangsa kita (segelintir) berusaha membaratkan diri mereka melaui gaya hidup, pemakanan mahupun pakaian sedangkan orang di eropah seperti Russia (hanya meletakkan satu contoh) berusaha untuk belajar bahasa dan budaya melayu! fikir fikirkan. hebat sangatkah bahasa dan budaya melayu sehingga orang eropah berlumba-lumba untuk belajar anugerah Allah yang hebat ini? kenapa tidak mereka belajar cara hidup dan budaya orang Amerika mahupun Jerman yang jauh lebih maju (negara kelas pertama) sedangkan kita masih terkapai-kapai dan bahkan hampir sifar untuk menceritakan kepada bangsa lain mengenai sejarah kita yang bagi aku tersangatlah hebat!
Pahlawan melayu yang segak dengan Istinggar.
 Tahun 2011 genaplah 500 runtuhnya zaman kesultanan melayu Melaka. nak tahu satu fakta? bangsa yang boleh menjatuhkan bangsa melayu ini sebenarnya bukanlah berbangsa Sepanyol, Portugis mahupun Inggeris. cuba kaji sejarah berapa kali serangan Portugis berjaya dipatahkan oleh kerajaan Melaka ketika itu? sebenarnya yang bisa dan ampuh menjatuhkan bangsa melayu itu adalah bangsanya sendiri! tak percaya? kajilah sejarah. tapi malangnya pengajaran macam ni tak pernah dijadikan iktibar oleh generasi masa kini. sebab tu aku sikit pun tak hairan bila ada orang kita kondem sesama kita. ;)
Istinggar atau dalam bahasa Inggerisnya Musket.
 Kita dimomokkan bahawan senjata orang melayu zaman dahulu hanyalah keris dan lembing. cuba fikir sejenak kalau benarlah keris dan lembing menjadi senjata utama ditambah dengan hikayat Amir Hamzah yang dijadikan pencetus semangat kekuatan untuk menentang penjajah keparat seperti Portugis yang rata-ratanya mempunyai senjata yang canggih tapi kenapa pada percubaan pertama mereka untuk menjajah Melaka gagal? sebab itulah kita kena kaji jangan terus telan apa yang diberi didepan mata. Istinggar, Lela Rentaka adalah contoh senjata orang melayu pada ketika itu. dan senapang yang digunakan oleh kapten Jack Sparrow adalah iras-iras kepada senjata orang melayu. ada lagi kapal Mendam Berahi dizaman kesultanan melayu Melaka (betulkan kalau aku silap) adalah lagi besar daripada kapal the Black Pearl yang sebenarnya bukanlah kapal jenis battleship seperti the Flying Dutchman tu. nampak macam mengarut tapi itulah fakta yang tak pernah nak dikorek dan dikaji! dan apa yang hebatnya tentang kapal orang melayu pada ketika itu adalah sistem pembuatannya sikit pun tak guna paku seperti apa yang kita boleh lihat pada istana Seri Menanti. 
ini adalah pistol Jack Sparrow


ini adalah Pemuras senjata orang melayu!

 Banyak sebenarnya yang kita akan peroleh jika kita mengkaji sejarah tentan bangsa kita tak rugi pun. jangan kita jadi macam bangsa Filipina yang masih kecelaruan identiti. lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Sepanyol kepada mereka. habis semua mubaligh kristian Sepanyol mengkristiankan penduduk di sana. dan nama Filipina itu sendiri sebenarnya adalah nama Raja Sepanyol iaitu Raja Philip! kini hanya kepulauan Sulu yang masih kuat akan kemelayuannya. cuba tengok melayu di Singapura yang kini menjadi bangsa minoriti. padahal kita sedia maklum Indonesia-Malaysia-Selatan Thailand-Brunei-Temasik adalah dibawah satu kuasa nusantara yang hebat. tapi kini hanya tinggal sejarah dan sejarah itu makin dilupakan.
 Akhirul kalam, kalau bangsa-bangsa lain berusaha belajar mengenai bangsa yang misteri ini kenapa tidak kita sebagai bangsanya?

0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..