MICHIGAN - Nampaknya kini anda boleh memakan coklat dengan kurang rasa bersalah kerana saintis mendedahkan coklat gelap mempunyai bahan yang meningkatkan keupayaan otot, sama seperti dengan menggunakan mesin larian di gimnasium.
Menurut penyelidik Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, kajian mengenai bahan epikatekin di dalam coklat gelap ke atas tikus makmal mendapati bahan itu meningkatkan tenaga di dalam otot, membolehkan haiwan itu melakukan senaman dengan lebih lama.
Tikus diberikan epikatekin mampu bersenam sama seperti tikus yang diletakkan di atas mesin larian setiap hari dan saintis akan mengkaji sama ada kesan serupa dapat dilihat pada manusia.
“Senaman seperti aerobik, berlari dan berbasikal meningkatkan jumlah sel mitokondria yang memberi tenaga kepada sel otot.
“Epikatekin mempunyai kesan sama dalam meningkatkan jumlah mitokondria, terutama pada otot jantung dan rangka,” menurut ketua penyelidik, Dr Moh Malek. Sumber : Sinar Harian
Sedikit Ulasan AdminKongsi :
Wah...ini berita baik. lagi2 kepada para gadis2 kat luar tu yang suka makan coklat tapi pada masa yang sama ingin berdiet. kalau betul lah kajian ni maka korang semua lepas ni tak perlu takut GEMOK lagi bila makan coklat (^_^)
Admin terbaca kajian ini dalam Sinar Harian tadi. tertarik jugak untuk kongsi dengan para "GADIS2"...hehe. bukan apa admin just fokus untuk para gadis. para "hensom2" kebanyakkannya bukan suka sangat makan coklat ni.
So, buat para "hensem2" termasuklah admin sendiri kena cari cara lain lah nak diet. bukan diet sebab GEMOK tapi disebabkan "mengandung"...ekekeke.
Kongsi dengan kawan2 yer. "berkongsi itu...lebih baik". terima kasih sebab silau2 sini yer
Pss...admin tak kata admin"mengandung" yer...jangan salah faham (^_^)
Monday, 19 September 2011
FAKTA MENARIK : Makan Coklat Sama Seperti Bersenam...Betul ke?
Berguna Kepada Anda?. Sila Klik IKLAN NUFFNANG 1X Sebagai Tanda Terima Kasih
TERKINI
KAMU JUGA MUNGKIN MEMINATI
Labels @
fakta menarik,
makan cokelat,
sama seperti bersenam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment