Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 16 September 2011

Cinta Elysa & Jiwa Lara

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
assalamualaikum u ol..


bagi peminat slot Lestary kat TV3, drama episod baru sedang ditayangkan..
pelakon pun bukan calang2..
ia adalah siri hebat, Cinta Elysa lakonan mantap Fasha Sandha dan juga Johan A'sari..
mana yang tak kenal Johan A'sari ni, dia adalah pelakon watak Botak dalam drama siri popular Juvana..
kali ni Cinta Elysa pula jadi taruhan Johan..
bergandingan kali pertama dengan Fasha Sandha..




Cinta Elysa ni mengisahkan tentang Aril (Johan A'sari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang akhirnya menjadi pemuda bermasalah. Aril terbabit dengan kegiatan samseng dan disisihkan keluarga sebelah ibunya kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan. Mujur, ada bapa saudaranya, Jasman, lakonan Datuk Jalaluddin Hassan yang menaruh harapan kepada Aril untuk berubah. 

Bagaimanapun, Yasmin (Zila Bakarin) yang juga isteri Jasman sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak lelaki mereka, Khairul dan Imran juga memusuhi Aril. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha) sudi menerimanya. Mendaftar di kolej sama, Elysa diberikan tanggungjawab untuk menjaga Aril walaupun Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa, lebih-lebih lagi selepas mengalami kecederaan di kolej, Aril berasakan Elysa satu beban pada dirinya.

Aril berada dalam dilema apabila Jasman meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Aril cuba menjaga keluarga bapa saudaranya itu dengan baik tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cinta pada Elysa jadi kekuatannya. 

Apapun, Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin dan Elysa nekad lari bersamanya. 


so, nak tau keseluruhan cerita ni, korang kena lah tengok..=)
drama ni dah start semalam dan mempunyai 13 episod..
Cinta Elysa ni terbitan Suhan Movie dan di arahkan oleh Along Kamaruddin..
saksikan drama ni pada jam 9 malam setiap hari selasa..



slot samarinda pula di sajikan dengan drama hebat, Jiwa Lara..
lakonan mantap dari Aaron Aziz, Nealofa dan Fauzi Nawawi..
dah mula ditayangkan semalam dan drama ini boleh ditonton 
di TV3 dari hari selasa hingga khamis jam 10.30 malam..


Jiwa Lara ni mengisahkan tentang  persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an hingga kini yang tidak berkesudahan. 

Zaman, seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis menyembunyikan diri di ladang getah. Suatu hari, Zaman dilanggar kereta yang dipandu Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Namun, hasrat itu dihalang anaknya, Lara. 

Seorang yang licik, Zaman pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan saja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan bekerja di ladang itu. 

Bagaimanapun, Jiwa yang turut bekerja di ladang itu menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai keperibadian lelaki itu. Jiwa mencintai Lara dan hubungan mereka akhirnya retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. 

Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman tetapi cintanya tetap masih teguh menjadi milik Jiwa. Suatu hari, Marini yang juga anak gadis tunggal Fakir pulang dari luar negara. Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya seorang penjual bunga demi mengahwini Marini. 


wahhh..penuh suspen cerita ni..
sinopsis cerita dah best..
apa lagi..jangan lupa malam ni jam 10.30 malam tau..
KIC nak tengok, lagi2 ada Aaron Aziz...huhuhu...=)
jangan ketinggalan tau..walaupun 1 episod..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..