Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 6 September 2011

'Hantu Bonceng' Kutip RM5 juta

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Filem terbaharu arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan bermula 31 Ogos lalu.
Menurut Ahmad Idham, dia bersyukur dengan pencapaian filem di bawah terbitan syarikatnya sendiri, Excellent Pictures itu kerana Hantu Bonceng mencatat sejarah dengan kutipan tiket terbesar pada musim perayaan.
"Alhamdulillah, kutipan tiket Hantu Bonceng mencecah RM1 juta bagi setiap hari tayangan. Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang ada juga penonton yang kecewa kerana tiket sudah habis.
"Daripada makluman pengurus panggung pula, tiket-tiket di sebelah malah sudah habis di waktu petang. Jadi saya menasihati supaya membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian," katanya.
Tambah Ahmad Idham, dia juga bersyukur kerana hasil promosi yang kuat menerusi di ruangan akhbar, radio, televisyen serta di laman sosial Twitter dan Facebook,ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem tersebut.
Perkiraan kutipan tiket Hantu Bonceng yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi dikira menerusi tayangan di 80 buah pawagam serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.
p/s: jom serbu panggung wayang tgk cter HANTU BONCENG !~ *jeless ramai kwn da tgk* =P 
Dikongsi Oleh : sweet idah

0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..