Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 10 September 2011

Hanya Kerana Meminta Rokok Lelaki OKU Mati Dipukul

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin meminta rokok, seorang lelaki kelainan upaya (OKU) mati akibat dipukul seorang lelaki dengan rotan berhampiran sebuah kelab di Sungai Besi dekat sini Sabtu lepas.
Mangsa yang berumur 59 tahun mati kira-kira pukul 10 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur setelah enam hari dilaporkan tidak sedarkan diri.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata berdasarkan hasil laporan awal pihak hospital, mangsa dikatakan mati akibat jangkitan paru-paru tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dikatakan telah memarahi suspek kerana enggan memberi rokok kepadanya.


"Suspek kemudiannya berang dengan kelakuan mangsa sebelum bertindak mengambil sebatang rotan di dalam bonet keretanya dan memukul mangsa berkali-kali," katanya di sini hari ini.

Ku berkata abang mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol, katanya.- BERNAMA



Sedikit Ulasan AdminKongsi :
Begitu kejam "dunia" sekarang kan..hanya kerana rokok sanggup pukul orang sehingga mati. apa sangat harga sebatang rokok tu jika nak dibandingkan dengan harga nyawa seorang manusia. walaupun si mati seorang OKU dia juga mempunyai hak untuk dilayan seperti orang lain..

Mungkin kita tidak tahu keadaan sebenar camna...tapi kita sebagai manusia yang "waras" tergamak untuk berbuat sedemikian. tidak kan?. takkan "manusia" itu dah hilang sifat keperimanusian..mana pergi nya nilai nurani...walaupun si mati tu marah2...jangan lah dipukul sampi camtu sekali.cakap jelah elok2...kan lebih baik

Admin sendiri pun tak sanggup nak "bunuh" ayam...apatah lagi nak bunuh manusia ni...admin masih mempunyai akal yang waras kurniaan Allah s.w.t...tak dapat dibayangkan kenapa dia sanggup membunuh..marah sekali pun...jangan lepaskan kepada orang lain

Semoga pembunuh tu akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya...walaupun "hukuman" tersebut tidak dapat menghidupkan kembali si mati...tapi semoga dengan hukuman tu dia akan bertaubat dengan perbuatannya..

Mari lah kita sama2 muhasabah diri sendiri...semoga kejadian ini memberi seribu pengajaran pada kita..nak marah pun biarlah bertempat (^_^)

Pss...hari ini hari sabtu ke ahad?...tengok gambar harian metro tu :P



0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..