Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 10 September 2011

2012 : Malaysia jadi negara syurga dunia

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Nampaknya belum sempat menjelangnya tahun 2020, Malaysia dah pun dijangka melepasi tahap sebuah negara maju. Malah Malaysia bakal menjadi satu-satunya negara bertaraf Utopia seperti khayalan Thomas More, bahkan lebih hebat berpuluh kali ganda daripada Andalusia.



Mengapa tidak?
Bermula beberapa tahun yang lepas, bermacam perkara muncul yang bakal menjadikan Malaysia syurga dunia. Dalam syurga, penduduknya cantik dan lawa, mereka juga cerdas pemikiran. Kemewahan hidup berlambak-lambak.

Rakyat Malaysia pada tahun 2012 nanti, tiada lagi orang-orang gemuk dan obesiti, kerana bermacam-macam produk kesihatan yang berjaya menguruskan badan manusia telah dijumpai di Malaysia. Ia tidak terdapat di negara lain, malahan orang luar turut mencarinya di pasaran negara ini. Semua orang di Malaysia sihat tanpa penyakit termasuk pendatang haram sekalipun.

Tiada lagi penduduk yang berwajah  dan berupa buruk kerana banyaknya produk kecantikan yang akan menjadikan manusia cantik jelita, muda menawan dan tampan bergaya.

Bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang paling gagah dengan bermacam ubat kuat, lantas berupaya untuk meneruskan zuriat seramai mungkin. Sehinggakan wanita-wanita luar negara berebut-rebut hendak menjadi bini kepada lelaki Malaysia.

Orang-orang tua di Malaysia bukan sahaja kuat dan sihat bagaikan orang muda, tetapi lebih kuat dan sihat berbanding penduduk negara lain. Terima kasih kepada pelbagai mesin terapi dan makanan kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Para pelajar pula, dari yang bersekolah tadika hingga ke yang membuat Phd, otak mereka bukan main lagi cerdas dan pintar berkat khasiat ubat-ubat 'CERDIK'. Kepintaran dan kecerdikan mereka mencapai tahap genius sehinggakan ahli kelab Mensa pun mengaku kalah. Apalah sangat dengan IQ genius orang yang tak pernah makan ubat cerdik buatan Malaysia.

Syaitan-syaitan, jin dan Iblis takut untuk menggoda dan menyesatkan rakyat Malaysia kerana berkat doa-doa para ustaz dan tok-tok guru pada air dan buah-buahan serta bijirin. Kalau dicuba juga maka rentunglah sang syaitan, kalau tidak pun, akan terkena serangan epilepsi.

Manakala, jiwa dan mental rakyat Malaysia kuat dan utuh sekukuh gunung Everest kerana saban hari mendengar ceramah-ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar-pakar motivasi yang sangat handal. Kehandalan mereka bukan sahaja memberikan kekuatan jiwa dan perangsang emosi, tapi juga mampu memanggil rezeki dan duit supaya datang sujud ke kaki.

Kekayaan rakyat Malaysia juga melambak-lambak sehinggakan semua rakyat membayar cukai dan zakat, tanpa ada yang menerima zakat dan bantuan. Ini semua kerana pandainya rakyat Malaysia berniaga dalam skim piramid dan matriks yang mampu menjana beribu-ribu sehari walaupun hanya goyang kaki depan komputer.

Jadi dengan kehebatan rakyat Malaysia yang sebegitu mana mungkin negara-negara lain engkar dengan kemahuan pemimpin-pemimpin kita yang bijak laksana. Hatta Amerika Syarikat pun datang mengemis meminta simpati.

NOTA DI KAKI : Kenapa? Tak percaya?

Dikongsi Oleh : BGB


2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...[Reply to comment]

negara kita semakin maju kan...mcm2 produk ada..tinggal sedia duit ja..hehe

macam2 sekarang neh...budak2 pun dah maju...xmacam zaman kita dulu...celik ja dah celik it..

Hafizi@Online said...[Reply to comment]

huhu..bab sedia duit tu lah susah skrg. harga barang dah nek...tax macam2...huhu.

duit ada tang tu jer...nak beli mcm2 cmne...hehe. budak2 zaman sekarang x same ngn zaman dulu2...(^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..