Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Monday 5 March 2012

Betapa Beruntungnya Menjadi Wanita

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : Mr. Google

Oleh: AKHISALMAN

Ini adalah diantara kelebihan wanita yang diberi oleh Islam :

1. Syurga sesiapa yang menjaga wanita dengan baik. 
Nabi bersabda: Sesiapa yang mempunyai 3 orang saudara perempuan, 2 orang anak perempuan atau 2 orang saudara perempuan dan dia menyemai adab2 yg baik pada mereka, mengelokkan hubungan dengan mereka dan mengahwinkan mereka maka ganjarannya adalah syurga. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Nabi juga bersabda:
من عال جاريتين حتى تبلغا جاء يوم القيامة، أنا وهو كهاتين ،وضم أصابعه
Maksudnya:Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan sehingga mereka baligh maka dia akan datang di hari kiamat dan hubungan aku dengannya seumpama dua jari ni. Lalu baginda merapatkn jari jemarinya. (HR MUslim)

2. Larangan berkeras pada wanita.
Nabi bersabda:
لا تكرهو النساء فإنها المؤنسات الغاليات
Maksudnya: Janganlah kamu memaksa wanita maka sesungguhnya mereka adalah penghibur hati yang tinggi harganya. (HR THabrani).

bersabar dan bertindak dengan cara elok bila berhadapan dengan karenah mereka..

3. Menghiasi mereka dengan perhiasan.
Nabi bersabda:Hendaklah kamu kahwinkan anak2 laki dan perempuan kamu. Hiasilah anak2 perempuanmu dengan emas dan perak. Berilah pakaian yang elok pada mereka. Berilah mahar yang baik pada mereka untuk menggalakkan mereka berkahwin. (HR Dailami)

4. Berkomunikasi dengan wanita dengan cara yang baik
استوصوا بالنساء،فإن المرأة خلقت من ضلع، وأن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا

Maksudnya: Berpesanlah2 pada wanita..Maka sesungguhnya wanita dicipta dari tulang rusuk, Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sekiranya kamu cuba berkeras meluruskan tulang tersebut ia akan patah, jika kamu biarkan maka dia akan terus bengkok, berpesan2lah pada wanita dengan cara yang baik.(HR Bukhari dan MUslim)

Nabi bersabda: Sesipa yang memuliakan wanita maka dia orang mulia, sesipa yang menghina wanita dia orang yang hina. (HR Ibnu Asakir)

oleh itu pada lelaki sekalian (termasuklah diriku) hendaklah kamu berkomunikasi dengan wanita (ketika perlu) dengan cara yang baik. jangan berkasar pada mereka dan terimalah maaf dari mereka..

5. Dicintai oleh Nabi s.a.w
Nabi bersabda:
حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة
Maksudnya: Perkara yang kusukai di dunia ni adalah wanita, wangian dan dijadikan penyejuk hati di dalam solat.(HR Nasai)

Ini menunjukkan taraf yang tinggi diberikan Islam pada wanita.


"Dialah peneman waktu bersendirian..
penghibur waktu kesedihan..
peringan beban2 dan kesusahan..
pengelak dari membuat maksiat pada tuhan..
penambah semngat untuk buat ketaatan..
penguat semangat ketika dalam kelemahan..
pembantu dalam perjuangan..
penyelesai bagi segala permasahan..
penampung bagi kekurangan..
penegur ketika lakukan kesalahan..
dialah anugerah tuhan"

puisiku untk insan yang bergelar wanita.

Begitu tinggi  taraf yang diberikan kepada wanita oleh islam. kepada kaum hawa..anda merupakan insan yang sungguh bertuah. kepada wanita yang bergelar ibu. pengorbanan kamu tiada nilainya. sama2 lah kita menghargai insan yang bernama "wanita". 

Sumber : loveislam.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk dunia kongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..