Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Tuesday 27 March 2012

Kacang Soya Dan Khasiatnya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
Gambar : Mr. Google

Kacang soya ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya Glycine max. Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi (keluarga Fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).
Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, oat {Avena sativa} dan kemungkinannya kuinoa.


Khasiat :
  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.

Sumber : wikipedia , nurcahaya.zoomshare.com

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


2 comments:

Nadia said...[Reply to comment]

nad suka minum air soya tp xamalkan..:D

malas..:D

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@Miss Nadya huhu..sama lah..admin pun camtu jugak (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..