Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday, 4 March 2012

Kangkung Dan Khasiatnya

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : Mr. Google

Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Malaysia ia ditanam di selurh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. 

Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant. 

Kangkung banyak terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.

  • kaya dengan vitamin c 
  • hidangan 100gram mencukupi untuk badan. jumlah ini juga melebihi jumlah vitamin c dlm buah oren
  • 3 1/2 KALI GANDA  lebih banyak kalsium daripada bunga kubis

Khasiat :
Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala.
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat



Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


2 comments:

Aku Dan Teksi said...[Reply to comment]

Memang suka makan kangkong,apatahlagi kangkung sotong,tapi doktor tak galakan untuk penyakit darah rendah macam aku.

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@Aku Dan Teksi o0o..yeke. takpe lah..yang penting jaga kesihatan tu..

banyak lagi sayur yang berkhasiat...huhu

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..