Gambar : Mr. Google
Tembikai
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Khasiat
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
Buah tembikai juga istimewa kerana ia mengandungi lycopene, iaitu sejenis pigmen berwarna merah (sebahagian daripada karotenoid). Ia tidak didapati dalam buah-buahan lain malah tidak boleh dihasilkan dengan apa jua kaedah saintifik. Lycopene ini kaya dengan anti-oksidan yang baik untuk tubuh.
Sumber : wikipedia, tipsdanpetua.com
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)
4 comments:
dulu suka jugak makan tembikai HEHEHHE
@Muhamad Azam tembikai memang terboeekkk lah...ekeke :P
lepas nie kena makan tembikai banyak2 .. huhuhu~
@Urzain Hussain jom makan..dah lah SODAPP..byk khasiat lak tu...huhu :)
Post a Comment