Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Sunday 12 February 2012

Halba Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

HALBA
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:
  • biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);
  • biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);
  • biji kering di makam Tutankhamen.
Cato si Lebih Tua menyenaraikan halba bersama-sama dengan klover dan vec sebagai tananam yang ditumbuh untuk makanan lembu (De Agri Cultura, 27).


KESIHATAN
Diminum sebagai teh untuk :
Melancarkan haid, Menghilangkan kembung, sebu dan senak, pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lender tekak, melegakan sakit kepala/ migraine, membuang angin, menyembuhkan buasir, senggugut, merangsang rahim, kegemukan, kurang berat badan, mengawal kencing manis, radang kulit dan bisul
 

Teh Halba + Madu
Kurangkan ketagihan rokok dan dadah, anemia
 

Untuk anak2 yang baligh
kecergasan, kekuatan badan, tumbesaran
 

Untuk ibu menyusu
Banyakkan air susu
 

Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
 

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "


Sumber : SINI

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..