Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Saturday 22 December 2012

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Untuk Sembahyang

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Gambar : sekadar hiasan

KEMUSYKILAN PERTAMA

Soalan:
Apa hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol kepada pakaian ataupun badan untuk menunaikan sembahyang?


Jawapan:
الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب ، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل ، وآله وصحبه أجمعين ، وبعد
Dalam melakukan sembahyang kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan temp at sembahyang akan menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Untuk mengetahui sama ada minyak harum yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber daripada benda yang najis seperti minyak yang bersumber daripada binatang yang najis atau alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum seperti itu adalah dihukumkan mengandungi najis dan jika ia dipakai ketika di dalam sembahyang, maka sembahyang seseorang itu tidak sah.

Sekiranya minyak harum itu bukan najis seperti ia tidak bersumber daripada benda yang najis dan tidak bercampur alkohol yang bersumber daripada arak, maka minyak harum tersebut boleh dipakai.

والله أعلم بالصواب
Negara asal : Brunei darussalam
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004

KEMUSYKILAN KEDUA

Soalan:
Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

Jawapan seperti berikut :-
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
-www.zaharuddin.net-

KEMUSYKILAN KETIGA

HUKUM minyak wangi beralkohol?
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji2an dan kayu kayan. Alcohol yang dihasilkan daripada biji2an ini yang dinamakan sebagai “Alcohol Etil” atau “thanol”. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai “Methyl” atau Metanol. Alcohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain yang digunakan untuk minuman, bahan baker yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat2an.

Alcohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alcohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alcohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alcohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib.

WALLAHUA'LAM..


Sumber : ustaznaim.blogspot.com

Admin : pada admin mudah jer, kalau untuk solat dirumah tak perlu lah pakai apa2 minyak wangi sekalipun..takde lagi rasa was-was tu. kalau nak pergi solat di masjid pakai jelah minyak attar atau minyak wangi keluaran syarikat islam yang terbukti "kebersihannya". wallahua'lam...semoga perkongsian ini bermanfaat

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)


Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..