- gambar Mr Google
Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.
Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.
Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih (^_^)
4 comments:
hii..thanks for sharing a very worth info..=)
@ChentaEty ur welcome (^_^)v
haha.. best jambu batu...
@Muhdsyafiqs betul tu...huhu (^_^)
Post a Comment