Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Friday 9 December 2011

Pengalaman Temuduga SPA

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

Salam semua. agak lama admin tak update blog ni. maafkan admin. admin baru jer balik dari temuduga SPA semalam. dek kerana masih keletihan dengan perjalanan yang agak jauh jauh dari Kuala Lumpur ke Terengganu baru sekarang admin dapat update blog.

Sebenarnya admin dapat tawaran temuduga dari SPA untuk jawatan Pembantu Penilaian. temuduga itu diadakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya pada 6/12/2011 yang lalu. cukup berdebar admin, yelah..mana tak berdebarnya. itu merupakan first temuduga  SPA admin.

Admin nak cerita serba sedikit dengan korang pengalaman admin semasa menghadiri temuduga tersebut. mungkin ada diantara korang yang kata, alah..pasal interview pun nak cerita kat orang lain jugak. tapi takpe..niat admin ikhlas nak kongsi dengan korang. mungkin korang boleh ambil dari tips2 yang ada.

Nak dijadikan cerita..admin merupakan orang pertama ditemuduga. yelah..dengan belum pernah ada pengalaman temuduga ni. admin cuba gagahkan diri untuk masuk bilik apabila nama dipanggil. dengan hati berdebar bercampur dengan gementar admin cuba buat yang terbaik.

Mula2 tu memang lah admin agak gementar, tapi sedikit demi sedikit perasaan itu hilang. persepsi tentang penemuduga yang akan tanya macam2 soalan dan muka yang agak "ganas". rupa2nya soalan yang ditanya takde lah "killer" sangat.

Soalan hanya berkisar tentang diri sendiri, sedikit tentang pengetahuan am, dan soalan berkaitan dengan penilaian. sedar2 tak sedar admin dapat laluinya. admin rasa admin dah buat yang terbaik. bergantung pada dorang lah untuk menilai admin. semoga ada rezeki admin untuk kerja tu...amin. korang tolong doakan yer...(^_^)

Yang admin ingin kongsikan ialah sedikit tips semasa menghadiri temuduga. admin hanya kongsikan apa yang admin praktikkan. sape2 yang rasa ianya berguna boleh praktikkan semasa menghadiri temuduga. semoga berguna :

  • Berpakaian biarlah kemas, baju kalau boleh jangan lah berwarna gelap sangat, rambut kena rapi
  • Jangan memakai wangian yang terlalu kuat. bimbang terganggu penemuduga tu nanti, yelah..bilik bukannya besar sangat
  • Ketuk pintu sebelum masuk dan bagi salam jika orang islam, salam sejahtera jika bukan orang islam.
  • Bersalam jika penemuduga sama jantina dengan korang
  • Duduk elok2, tangan hendaklah diatas riba, mata hanya tengok pada penemuduga, senyum selalu
  • Jawab soalan yang ditanya dengan yakin, tak kira lah jawapan anda salah pun..dorang cuma nak tengok anda bercakap dengan yakin.
  • Kalau diberi peluang..anda tanya penemuduga itu sedikit soalan. tetap bertanya jika ada peluang. soalan tentang jawatan anda lah. itu akan menunjukkan yang anda berminat dengan jawatan tersebut.
  • Bila dah habis temuduga, bersalam sekali lagi dengan penemuduga dan ucapkan terima kasih. anggapan dorang tentang diri kita itu penting

Itulah serba sedikit tips yang dapat admin kongsikan. jika korang juga ada tips yang berguna sila utarakan disini yer. mana yang baik itu kita kongsikan bersama. mana yang tak elok tu kita sama2 jauhkan. semoga hidup kita dirahmatiNYA..amin (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


6 comments:

blog-tips-kurus said...[Reply to comment]

semoga anda berjaya.. :-)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@blog-tips-kurus terima kasih (^_^)

haffizmohdnoor said...[Reply to comment]

Apis dulu temuduga SPA juga tapi Penolong Pegawai Perubatan... Alhamdulillah dapat jugak :)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@haffizmohdnoor yeke..best yer dah kije gov. admin baru nak cuba..mntak2 ada lah rezeki yer. amin (^_^)

Turtleman said...[Reply to comment]

english language kene ok tak heheheeee

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

@Areliff setakat admin tebiu tempoh hari takde lak kne tnye dlm english. sume bm jer. ikut ats jwtan lah kot yer. kalau jawatan berkaitan dgn english mmg lah perlu...huhu (^_^)

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..