Friday, 9 December 2011
Bas Adik Beradik Memang Terbaik!!!
Salam semua. admin buat entry ni khas sebagai penghargaan untuk Syarikat Bas Adik Beradik. semasa pergi temuduga SPA baru2 ni admin naik bas Adik Beradik pergi dan balik. memang bas Adik Beradik ni terbaik lah. admin bagi 5 star untuk kualiti bas, perkhidmatan dan pemandu.
Kenapa admin bagi 5 star?. dari segi kualiti bas memang terbaik. kerusi dan air-cond yang cukup selesa. kerusi yang empuk berbanding dengan bas lain. tak perlu lah admin mention mana2 bus. tapi mengikut pengalaman admin sebelum ni..bas lain tak dapat menandingi Bas Adik Beradik.
Bas lain yang pernah admin naik dengan kerusi yang tidak selesa, sempit dan tak empuk langsung. kerusi cam kerusi batu jer. kematu punggung admin baru sampai Terengganu...haha. dah lah bas bertingkat..cukup bahaya. perkhidmatan plak memang hancur lah..dah lah pemandu cakap "kurang ajar" dengan penumpang.
Jangan kamu lupa..gaji kamu dibayar dengan adanya pelanggan. apa salah yer cakap elok2 sikit..senyum. bukan susah sangat pun. dari segi pemanduan plak memang teruk lah..dah lah rasa cam naik lori tanah. naik bukan main laju..taknak lah admin cerita panjang2. nanti jadi makian lak...hehe.
Cuma admin ingin buat entry ni khas buat Syarikat Bas Adik Beradik jer. sebagai penghargaan admin kerana memberi perkhidmatan yang terbaik. admin sebagai blogger..jadi dengan cara "blogger" jelah admin dapat sampaikan ucapan terima kasih. terima kasih sekali lagi (^_^)
Nota : Sumber gambar dari Mr Google
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih
Berguna Kepada Anda?. Sila Klik IKLAN NUFFNANG 1X Sebagai Tanda Terima Kasih
TERKINI
KAMU JUGA MUNGKIN MEMINATI
Labels @
bas adik beradik memang terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment