- gambar dari Mr Google
Salam semua. hari ini admin nak berkongsi lagi dengan korang semua sedikit tips2 yang berguna dalam menjaga hubungan percintaan korang. kali ini admin kongsikan cara-cara untuk mengetahui "Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk". bukan perempuan jer yang tahu merajuk. lelaki pun tahu merajuk juga..yelah..lelaki pun ada perasaan juga. kadang2 gembira, kadang2 sedih, kadang2 merajuk dan banyak lagi.
Jadi sebagai perempuan dan teman hati kepada pasangan anda. kamu semua perlu ambil peduli dan tahu akan tanda2 ini. baca dan fahami betul2 yer. nah admin kongsikan..
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun
Jadi untuk menjaga hubungan supaya lebih baik..tak salah kalau para perempuan ambil peduli akan tanda2 ni.perhubungan memerlukan tolak ansur. lelaki ke..perempuan ke..sama jer. mana yang salah mohon kemaafan..mana yang terkecil hati..cuba untuk memujuk kembali. harap berguna (^_^)
Sumber : tentang cinta
Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih
4 comments:
macam mane pulak, die dah macam tu, tp bila perempuan mintak clash, die tak nk clash tp die tak pujuk pon perempuan tu? ;p
salam perkenalan :)
salam perkenalan jugak
tu maknayer lelaki tu nak awek dia pujuk dia..kadang2 lelaki merajuk ni kelakar pun ada...haha
admin..huhu..macih sebab wat entry ni..huhu..En.Boyfie nad majuk macam girl yesterday..:)
huhu..yeke. ada sebab knp dia merajuk kan..pndai2 lah pujuk yer. amalkan tolak ansur dalam perhubungan (^_^)
Post a Comment