Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Wednesday, 2 November 2011

Berebut Mahu Anak Dinobat Penduduk Ketujuh Bilion

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK
- gambar hiasan

LONDON: Ia sepatutnya menjadi acara simbolik sahaja bagi menandakan satu mercu tanda global.
Tetapi, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan seorang bayi dari Filipina sebagai penduduk dunia ketujuh bilion, ia mencetuskan bantahan. Ibu bapa di Britain hingga ke India berebut-rebut untuk mendakwa anak mereka sebenarnya yang menjadi bayi mercu istimewa itu.

Dengan ratusan ribu kelahiran di seluruh dunia setiap hari, adalah sukar untuk menentukan pemegang gelaran sebenar. Bagaimanapun, PBB memilih untuk menobatkan Danica May Camacho yang dilahirkan dua minit sebelum tengah malam Ahad lalu (waktu tempatan) kepada satu keluarga miskin di Manila dengan menghadiahkan mereka kek coklat dengan perkataan ‘7B Filipina’ di atasnya dan baucar hadiah untuk kasut percuma.
Ibunya, Camille berkata: “Danica kelihatan comel. Saya tidak percaya dia menjadi penduduk ketujuh bilion.” Tidak mahu ketinggalan, pegawai di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India, mengisytharkan tujuh bayi perempuan yang dilahirkan semalam bagi berkongsi penghormatan itu. Mereka termasuk Nargis Yaday, bayi pasangan Ajay dan Vinita.

Britain turut mempunyai calon tersendiri. Sebaik dilahirkan di Hospital St Thomas, London pada jam 6.58 pagi (waktu tempatan), Peter Bashir dihadiahkan patung beruang oleh ahli politik Baroness Tonge, Geoffrey Clifton-Brown dan kakitangan hospital.

Ibunya, Yasmin Karim, dari Rotherhithe, selatan London berkata: “Kami boleh memberitahunya (Bashir) bahawa dia adalah penduduk ketujuh bilion apabila dia besar kelak. Saya dapat merasakan dia ingin cepat keluar. Mungkin dia mahu jadi orang terkenal.” Sambutan juga dilakukan di Vietnam, Zambia, Russia dan Greece selepas periystiharan oleh pegawai tempatan. Malangnya, ia kejuaraan yang tidak membawa banyak makna. Keluarga Adnan Nevic dari Bosnia Herzegovina yang dinobatkan bayi keenam bilion dan Matej Gaspar dari Croatia yang diisytiharkan bayi kelima bilion, mendakwa PBB tidak mengendahkan mereka selepas kelahiran itu. - Daily Mail. myMetro



Sedikit Ulasan Adminkongsi :
Haha..macam2. sampai berebut mahu anak dinobat penduduk ketujuh bilion. yelah..sapa yang taknak kan..popular kot dapat gelaran camtu. tapi ini cuma sebagai simbol simbolik jer..tak perlu lah diperbesar2kan sangat.

Ni tak..ramai pulak yang berebut2 tu. siap yang jeles pun ada jugak sebab PBB tak hiraukan mereka. nak gaduh2 buat apa..hormati jelah keputusan PBB tu. ada sebab lah kenapa PBB istiharkan bayi tu sebagai penduduk ketujuh bilion dunia.

Kan PBB dah bagitahu kenapa sebabnya..keluarga tersebut merupakan keluarga miskin di Manila. memang patut lah PBB buat camtu. lagipun PBB bantu keluarga tersebut dengan baucar hadiah. dah memang tanggungjawab PBB bantu penduduk dunia miskin.

Pss..dah tujuh bilion penduduk bumi rupanya..baru admin tahu...ekeke (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


0 comments:

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..