Iklan Nuffnang

..................................................................................................

..................................................................................................

Thursday, 3 November 2011

Nukilan Pagi : Hilangnya Mood Blogging

SEMOGA APA YANG ADMIN KONGSIKAN BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA. JIKA ADA KELUAR IKLAN SEMASA MENDOWNLOAD..HARAP KORANG BIAR LOADING SEHINGGA HABIS. BAGI LAH SEDIKIT PENGHARGAAN UNTUK DUNIAKONGSI. TERIMA KASIH JIKA MEMAHAMI (^_^) p/s : SILA LAPORKAN DI RUANGAN KOMEN JIKA TERDAPAT LINK YANG ROSAK

"Aku Termenung Sendirian". sekarang tepat pukul 1.59 Am. aku masih didepan lappy. hidup yang masih kesorangan. tiada peneman. mana perginya mood untuk aku berblogging sekarang ni. ditambahkan pula dengan internet yang buat hal. dua  tiga hari ini internet makin slow. apa masalah TM ni sebenarnya. ntahlah..mungkin sebab perasaan aku kacau bilau. fikir masa depan..hidup yang masih belum pasti.

Kerja?. urm..aku masih belum ada kerja tetap lagi. sebelum ni pun aku pernah kerja swasta..tapi tidak lama. sekarang aku hanya bisnes sendiri. tu pun secara kecil2lan jer. bukan menyombong ke apa..tapi ingin lah jugak kerja dalam kerajaan. SPA, SPP, KKM dan macam2 lagi jenuh dah aku apply..tapi sampai sekarang masih belum ada rezeki. begitu lama allah menguji aku..

Walaupun aku redha dengan ujianNYa. kadang2 jauh dihati kecil ku masih terdetik..kenapa aku masih begini?. kenapa aku tak seperti orang lain?. kawan2 lain ramai yang dah bekerja best2. yang dah kawin pun ada. tapi aku tetap begini..tetap kesorangan..tetap kesunyian. maafkan daku ya allah..hamba mu ini kadang2 mengeluh dengan takdirmu. sinari lah hidup hamba mu ini dengan cahaya keimanan..

Teman hidup?. urm..setelah dilukakan oleh "first kapel" tahun lepas..sampai sekarang aku masih belum ada peneman hidup. ntah lah..tak tahu aku nak cakap apa. hati ini masih pedih diperlakukan begitu..first kapel..memang terlalu susah untuk lupakan. yelah..dengan keadaan aku sekarang ni. kerja tak menentu..muka tak "market" ada yang sudi ke menerima. bukan salahkan keadaan..tapi itu realiti sekarang kan. dunia novel..mana sama dengan dunia realiti..

Maaf andai luahan hati aku menganggu korang. hanya nukilan pagi dikala aku kesunyian. sudah hilang mood untuk berblogging buat hari ini. terima kasih buat sahabat blogger semua. kehadiran korang membantu aku lupa sebentar apa itu "kesorangan". terima kasih.. (^_^)

- semoga lepas ini hidup aku berubah..ada yang sudi menemani aku dikala kesunyian (^_^)

Suka dengan apa yang admin kongsikan?. sila klik pada button dibawah sebagai tanda sumbangan ikhlas anda untuk duniakongsi.net. hanya sedikit iklan untuk menampung duniakongsi. sumbangan "klik" dari anda sangat admin hargai dengan ucapan terima kasih


6 comments:

mysara said...[Reply to comment]

cara terbaik tapi sukar dilakukan..SABAR(^_^)

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

huhu..memang btol. tapi tu just luahan admin dikala sunyi jer, mekasih coz amik peduli yer..admin hargai sangat2 (^_^)

roq said...[Reply to comment]

hehe...biase la tu....

singgah2 la sini :)

Bunga Humairah said...[Reply to comment]

okay. admin jangan sedih sedih. SABAR SEPARUH DARIPADA IMAN :)

jom singgah blog saya.

Kongsi Apa2 Aje said...[Reply to comment]

huhu..hanya luahan hati dikala kesunyian jer. skrg dah ok..mekasih semua..coz amik peduli (^_^)

ok..admin silau2 blog awk jgk yer

sha my heart said...[Reply to comment]

begitulah hidup, seringkali diuji dan diuji. Kadang kala kita perlukan kekuatan dan sokongan dari orang lain.

yakinilah, ALLAH tak kan uji kita kalau kita tak dapat laluinya.

Orang lain hanya tahu melemparkan kata-kata tanpa mahu tahu apa yang kita rasa.

Iklan Nuffnang

Share This With Your Friends

 
NAK YANG LEBIH HEBAT?. TENGOK NI..